kartun widget

Monday, May 11, 2009

program bersamamu


Masuk semalam dah 2 bulan aku masuk kem wataniah. Aktiviti semalam adalah berbentuk kemasyarakatan. Kawasan yang terlibat adalah area alur limbat. Anggota seramai lebih kurang 40 orang telah dikerah bagi membantu masyarakat disana yang kurang bernasib baik. Antara aktiviti yang dijalankan adalah membaiki rumah mereka-menyediakan dapur dan bilik air baru, mengecat umah, membersihkan laman dan sebagainya. Segala kos dan keperluan adalah dibiayai oleh adun dikawasan berkenaan. Aktiviti ini dijalan kan secara bersama dengan anggota masyarakat kampong disana. Aktiviti dilakukan adalah berbentuk gotong-royong.Program bersamamu ini juga mendapat perhatian daripada RTM TV1 dan akhbar Sinar Harian.


Jika diikutkan memang banyak kerja yang harus dilakukan bagi menaik semula taraf rumah mangsa. Sungguhpun masa yang diberi untuk kami hanya setengah hari kerana terikat dengan waktu latihan tetapi mutu kerja yang ditujukkan sungguh memberangsangkan.Tahniah diucapkan Rejimen askar Wataniah 512 Batalion 1.


jentera berat juga terlibat dalam kerja merobohkan dapur serta tandas.Robohan ini bagi membina keperluan dapur serta tandas yang baru.


Gambaran hadapan rumah.anggota sibuk mengecat rumah.


Gambaran sisi rumah.


kerja berpasukan.semangat bantu-membantu diutamakan dalam urusan. kerja memindahkan batu dari bahagian hadapan ke bhagian belakang.


Lef. Nazarudin menunjukkan skill mengikat batu..cam gambar posing lak kan? aku pun pelik..haha..sory,Tuan!

Anggota membancuh simen bagi membuat dapur baru.Maaf la deh,gambaran siap tak dapat tunjuk sbb tak sempat amik gambar..hehe..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin