kartun widget

Showing posts with label My Life. Show all posts
Showing posts with label My Life. Show all posts

Monday, October 29, 2012

Doa utkmu selalu..


Ya ALLAH… Aku berdoa untuk seorang perempuan, yang akan menjadi bahagian dari hidupku...
Seorang yang sungguh mencintai-MU lebih dari segala sesuatu...
Seorang perempuan yang akan meletakkanku pada posisi kedua di hatinya setelah Engkau...
Seorang perempuan yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk-MU.
Wajah cantik dan daya tarikan luarannya tidaklah penting....
Yang paling penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai ENGKAU...
Dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup, sehingga hidupnya tidaklah sia-sia.
Seseorang yang memiliki hati yang bijak bukan hanya otak yang cerdas.
Seorang perempuan yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormati aku.
Seorang perempuan yang tidak hanya memujaku tetapi dapat juga menasihati ketika aku berbuat salah.
Seorang yang mencintaiku bukan karena fizikalku tetapi kerana hatiku.
Seorang perempuan yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam tiap waktu dan situasi...
Aku tidak meminta seorang yang sempurna, Namun aku meminta seorang yang tidak sempurna, sehingga aku dapat membuatnya sempurna dimata-MU. 
Seorang perempuan yang memerlukan sokonganku sebagai peneguhnya. 
Seorang perempuan yang memerlukan doaku untuk kehidupannya. 
Seseorang yang memerlukan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya. 
Seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna.
Dan aku juga meminta... 
Buatlah aku menjadi seorang laki-laki yang dapat membuat perempuan itu bangga.
Berikan aku sebuah hati yang sungguh mencintai-MU, sehingga aku dapat mencintainya dengan cinta-MU, bukan mencintainya dengan sekedar cintaku.
Berilah aku “tangan-MU” sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya. 
Berikanlah aku “mata-MU” sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dalam dirinya dan bukan hal buruk saja.
Berikan aku “mulut-MU” yang penuh dengan kata-kata kebijaksanaan-MU dan pemberi semangat, sehingga aku dapat mendukungnya setiap hari. 
Berikanlah aku “bibir-MU” dan aku akan tersenyum padanya setiap pagi.
Dan apabila akhirnya kami bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakaan “betapa besarnya ALLAH itu, kerana ENGKAU telah memberikan kepadaku seseorang yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna”.
Aku mengetahui bahwa ENGKAU menginginkan kami bertemu pada waktu yang tepat dan ENGKAU akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang Kau tentukan.
Amiinnn Ya Robb...
 

Saturday, September 29, 2012

blok olkit

 Entry kali nie rasanya nk share bilik aku..aku dh pindah blok baru. namanya blok olkit. berada di paras 2 bernombor 20..hehe sbb tempat nie amat bez ble masa lapang dan ble ketiadaan kerja di opis. disinila bilik yang rasanya dh 3 bln kot dh pindah.. hehe.. tengok katil seolah2 memanggilku tidur..hoho.. here i come! hihi(hobi aku tido je sejak 2 menjak nih)..oleh sbb ptg nie x tau nak buat apa..jd aku create la cite bilik yg menjadi kesinambungan bilik yg lalu..

 
Bilik ni nak cakap besar xde la sbb kalo compare dgn bilik lama lagi besar..cuma aksesori bilik lg lengkap la.. tu jer.. almari pn lagi besar kn?


Yang nampak pintu tu sbenarnya adalah toilet. hihi..


 duk bilik sorang leh tengok permandangan indah tau.. hehe.. disamping tempat jemur baju..

  
Belakang bilik aku ada tempat latihan merentas halangan bagi pasukan sahabat 11 Ramd. tiap pagi kekadang ada la depa buat latihan. jadi riuh dan gamak juga keadaannya. tapi aku suka tengok sbb tau camne rasanya.. hoho.. dan kekadang diorang buat phsical training (PT). ..terdengar pelbagai lagu sambil diorg berlari..teringat zaman aku mase palapes uum. aktiviti mcm ni selalu dilakukan semasa jogging bersama rakan-rakan.
Mes aku mmg sebelah kem 11 Ramd. ni la permandangan dari site koridor bilik.. damai je kan? kawasan kem diorang besar sebenarnya.. site view ni adalah belakang kem diorang..

Friday, August 3, 2012

website baru lagi..

Baru-baru ini aku ada create website baru utk base aku dan dimuatkan dlm sistem sbg info semua pelawat. sebenarnya dah lama nak buat website tp selalu x sempat. perlu ada feel yang tinggi baru leh meneruskan kerja-kerja camni.hehe.. walaupun mudah tp perlukan penelitian dan perhatian yang tinggi. sbb website yang hendak dibangukan mestilah mempunyai perancangan untuk pengisian info. 
Nie page index ciap flash player video corporat. video ni kjap je dlm 50 second. first aku dpt video ni dlm bentuk format ".mov". ble nk msuk dlm web mmg x sesuai sbb kekangan pd komputer utk support video utk running video nih. jd aku convert format video kpd flash. ringan dan fleksibel.

website ni aku mgambil masa 2-3 hari jer.. more on blogger. sbb senang nk develop. Hal ni, bos aku pn lom tau website ni dh dibangunkan dan diupdate infonya. website camni mmg mudah pn nk buat. sbb aku x pkai database pn.sbb tu cpt ciap. sebenarnya first masa nk develope nih aku pkai pgaturcaraan open source PHP. sbb funtion lg byk dan aku mmg familiar dgn Php je. then ble dh upload ke server, Fail Php x ley run. baru perasan server x pkai linux. just window. jd kne la tukar hyper text markup language atau bhasa mudah Html.  settle problem.

Thursday, August 2, 2012

Salam Ramadhan

Salam ramadhan buat semua.. 
Syukurlah tahun nie, kite masih sempat berpuasa dan berjumpa dgn ramadhan. masing-masing mesti da mision utk dapatkan ganjaran di bulan ramadhan.. sama-sama la kite beribadat ye.. 

Jadi dikesempatan ini, aku nak nk amik peluang dan kesempatan memohon ampun dan maaf andai ada melakukan kesilapan sama ada secara langsung atau tak langsung.. Tahun ni, aku dapat balik beraya. tu yg happy sbenarnya.hehe...sbb tahun lepas dh tak dapat balik.demi tugas priority terpaksa la. jadi kwn2 yang nak datang bertandang ke rumah dialu-alukan.ok supaya mudah kerja pentadbiran duit raya diuruskan. hahaha..  
 

Monday, June 25, 2012

Bilik & Parking

entry kali ni aku nak kongsi pasal bilik pulak. cerita ni dh seminggu sbenarnya..hehe.oleh sebab mggu lepas benar2 bz jd minggu ni baru leh update entry baru. ceritanya biasa je sbb wa dpt pindah bilik baru.hoho.. privacy skit. sebelum ni, bilik asyik penuh jer. terpaksala kongsi bilik dgn buddy aku (4958). rasanya hampir 11 bulan bulan gak duk bersama. tu kat kuching jer. sebenarnya kami kongsi bilik masa kat subang lagi slepas posting dr alor setar. duk subang 2 bulan. then posting puchong pn duk bilik yang sama gak selama 6 bulan. lepas tu duk kuching. hehe..dh mcm adik bradik dah..

sebenarnya tengah plan nak beli tv dan econ. tggu rezeki lebih baru beli..=)

yang ni pulak entry pasal parking kat opis. aku dengan selambe je parking battle hopper secara solo. haha..kelakar lak..tp x salah pn. mmg parking khas utk aku. hihi.. dulu wus parking kat cni..skrang wus dh x ade, battle hopper la take over.

 

 
orang len bukan men lagi bersusun..ayoo...

 

Tuesday, June 5, 2012

Mujur ada Dia..♥♥♥

Arinie aku stress tul..sbb kena ciapkan report utk satu pengukuran prestasi. pengukuran prestasi for what x ley la citer sbb banyak trkandung perkara-perkara rahsia.hehe..sory noh! so dr pagi duk mengadap laptop je disamping cari bukti dan perkara penambahbaikkan.. sampai ke library cari bahan.fuh! tension ble x jumpa.. kalo jumpa x la terasa sgt.. selepas cari dan tanya pd pegawai senior baru la nampak jln sikit..so, leh la jln..huhuhu. balik lewat arini tu pn lum ciap.. esok dah nak present. lagi haru..hoho.. dugaan..

balik bilik jer, lepas solat aku spt rutin biasa pasti membuka laptop yg byk brjasa. eh, dh bape umor ko laptop? hihi..lantas jari aku mngira..2004..2005..bla..bla..2012! hah! dh 9 tahun. still ok. hehe.. bagus(kene selalu puji tau~ baru ok selalu +ve thinking!)oh, sambung balik.. ble aku bukak laptop terus je on9.

Website pertama yang aku bukak adalah yahoo & fbook. oleh sbb hari ni langsung x sempat bukak email..kat bilik aku mbalas sgalanya. hihi.. kat fbook pula.. si dia ada upload foto masa majlis pertunangan bln lepas. lepas tgok ..sume masalah hilang.hihi.. ("dalam hati...mujur ada dia" hihi..ten Q)

Monday, June 4, 2012

Booster



Sajer nak kongsi dengan korang.. Aku dh pakai benda ni bulan lepas..bgus kalo korang nk try! sebenarnya aku beli sebab nk dpatkan coverage wifi maklum la opis aku mmg ada access point tapi jauh dengan department aku. so, benda ni sedikit sebanyak membantu dpatkan coverage kuat.hihi..disamping aku jadikan ia access point. jadi staff aku pn leh tumpang dpt internet skali.. kalo korang advand, benda ni juga leh membantu korang dapatkan password wireless yang ada di persekitaran anda. x kisah la dia pakai WEP atau WPA. jadi leh tumpang wireless jiran anda. selamat memcuba.

aku dh try mmg dpt hack.. tapi kalo nk hack WEP aku syorkan pakai Beini. kalo WPA pakai Back Track.

Sunday, May 27, 2012

permulaan episod baru


Rasanya dah beberapa bulan aku tak update blog. Sebenarnya nak cakap terlalu bz rasanya tidak la sangat. Mungkin kerana tiada mood untuk menulis..hihi. sekarang aku dah abih kursus. Cuti yang dipohon seminggu untuk menghabiskan masa di kampung juga telah tamat. Masa bekerja telah mula. Hoho..liat rasanya. Padahal kerja menunggu dah ada. .ayoo.

Sebenarnya sepanjang bln mei ada sesuatu aku nak kongsikan disini. Dipendekkan cerita. “Aku dah bertunang”.hah! dah bertunang?? Mesti terkejut kan? Tapi itulah realitinya. Aku pun tak tau camne cpt sgt. Itu semua kuasa tuhan.. moga kebahagiaan sentiasa berkekalan sehingga ke jinjang pelamin.
Kepada kwn2 jgn la terasa hati kerana tidak dijemput. Majlis bertunang hanyalah secara kecil-kecilan yang melibatkan pihak keluarga perempuan dan lelaki. Nanti majlis kawin baru aku jemput semua.ok.


Thursday, April 12, 2012

kosong


ntah kenape kadang2 aku rasa hidup aku mcm kosong.. huhu.. nk kate tidak ada orang tetapi ada orang. ntah ler.. layan jer hidup ini. em..kan? kita hidup tak semestinya hari2 kite senang. ada hari kite susah, ada hari kite bahagia, ada hari kite sedih, ada hari kite ketawa dan ada hari kite menangis..
aku mesti kuat memandang ke hadapan. perjalanan masih jauh. teringat kata jurulatih aku dlu semasa tamat latihan kadet. selepas ni...KORANG MCM PENYU.. AKAN BERENANG KE LAUT DAN JALANI HIDUP DENGAN TABAH. BANYAK BAHAYA DAN ANCAMAN DISEKELILING, JADI BERWASPADA LA... kata2 tersebut masih aku ingat. terima kasih byk pd course mom kap 23/10.
sebenarnya aku pn tak tau nape aku tulis benda ni.. tapi layan je la.aku suka buat sesuatu ikut prasaan kadang2..hihi..demi kepuasan. =)

Monday, March 19, 2012

coretan wus


Rasanya dah lama sgt aku x update blog nih..nk ckap bz memanjang xde sgt..huhu.. mungkin xde mood nk update selalu.sbb sbelum ni aku slalu update blog nih.. kenyalangterbang.blogspot.com skrang 2nd duty dh kurang skit, ok la leh update askarhijau nih..


untuk minggu ini, aku akan bercuti lg then terus masuk course selama 2 bln di kem paya jaras. jadi dikesempatan balik semenanjung banyak perancangan harus diatur supaya liku2 hidup dpt berjln dgn lancar. nampaknya tahun ini byk perubahan yg berlaku..

oh,ya...wus pn ikut skali balik smnanjung. tetapi nek kapal laut la..nek kapal torbang mahal sgt.. pening kepala gak pikir psal transport nih.. akhirnya buat keputusan buat balik wus then nanti bawa balik motor je kt kuching.lg senang kn? bumi kenyalang tempat simpan duit dan smenanjung tempat buang duit.hahaha...harga bw balik wus ke smenanjung dah menjangkau rm2200. fuh! mujur da emt.jd langsai trus..lepas ni wus tinggal jer kt banting.nanti da tugas sementara ke senang skit bgerak..tul x?

Tuesday, January 3, 2012

salam 2012


salam buat semua.. ini adalah entry yang pertama buat 2012 yang telah beberapa hari menjelang. untuk tahun ini banyak kemajuan dan peningkatan telah dilalui. detik suka, duka, penat, lelah semua ditempoh dengan tabah di bumi yunzabitz. Tempat yang wujud kehidupan, kebahagiaan, kesedihan, keasyikan, dan persaingan. semua kita banyak berlumba-lumba ingin menjadi yang terbaik.
setiap tahun azam aku sentiasa ingin berjaya. untuk fasa kerjaya alhamdulillah..aku bersyukur seadaNya. kini untuk 2012 aku berazam inginkan kebahagiaan.hehe..hati da taman jugak..ayoo.. biasala kan..normal person. hihihik..jd doakan aku semua ek..aminn...

Tuesday, December 20, 2011

Hornbill


Pada 17 & 18 baru-baru ini aku baru shj dtg melawat ke Hangar Hornbill skyways, Lapangan Terbang Antarabangsa kuching kerana disana diadakan sambutan 100 tahun Penerbangan Di Malaysia Peringkat negeri sarawak anjuran Jabatan Penerbangan Malaysia Wilayah III Sarawak. Banyak Pameran dan Info2 mengenai penerbangan dipamerkan.


Sambutan ini juga disertai oleh Base kuching yang mana bagi memperkenalkan Pangkalan kepada pihak umum disamping memberi peluang kepada pihak awam mengetahui lebih dekat tugas dan tanggungjawab anggota TUDM melalui pameran peralatan dan pesawat yang terdapat di PU Kuching.


pameran pesawat nuri banyak mendapat perhatian lawatan oleh orang ramai.


Pesawat bomba yang kira agak moden oleh malaysia Airport Kuching yang digunakan bagi mencegah kecelakaan di sekitar Lapangan Terbang. kat dalam lagi canggih tau..sume nak jalan tekan butan je..


Ini antara pesawat lain tutut dipamerkan oleh agensi seperti polis, hornbill dll. sesi lawatan ini juga mempunyai kelebihan tersendiri apabila pengunjung yang datang diberikan cabutan bertuah yang mana siapa yang terpilih/bertuah boleh menaiki helikopter hornbill selama 15 minit melawat ruang angkasa sekitar kuching.


ini alatan yang sempat aku snap. barangan ini sebenarnya berada di ruang pameran polis. ini antara barangan yang dirampas semasa sesi check in/out oleh pengguna kapal terbang. dashyat gak yang sanggup bw nek kapal...bahaya boleh mengancam keselamatan.

Sunday, December 11, 2011

weekend


setiap kali hujung minggu pasti aku benggong memikir "apa aku nak buat yer..?" dah hampir 5 bulan dibumi kenyalang seolah dah terasa boring.huhu...apa la nak jadi...Biasa rutin weekend adalah men boling(sekitar riverside) dan tgok wayang (sekitar the spring-shoping complex sekitar bandar kuching). hanya the spring aku rasa mudah dan selesa. len2 tempat ntah..x syok sgt. inilah dugaan duk diperantauan kan?hehe..
minggu ni aku banyak duk mess tengok tv, men pool, mkn...tu je. hehe...free kan? jd kita gunakan semaksima mungkin. kalo kuar slalu pn abis duit gak...kan?
bln dpn aku cuti..lambatnya rasanya..dah x sabar. tu la bab kata pepatah "hujan emas dinegeri org, hujan batu dinegeri sendiri , elok lagi dinegeri sndiri..."

Wednesday, December 7, 2011

Seafood


Bab kata orang rezeki yang datang jangan ditolak.hehe..semalam aku dpt jemputan dr kontraktor office aku datang makan seafood di topstop.di sarawak topspot antara tempat famous dengan makanan beraneka seafood. makanan memang sedap. datang je.janji bawa duit banyak.hikhik.. sebab kos memang leh tahan tapi depend la pada makanan apa yang korang pilih..



Makanan dari laut memang macam2..korang leh datang pilih. yang pelik2 pun ada.. kat cni kebanyakkan kedai cina. tapi tukang masak melayu..kena tengok kedai jugak la..


Fuh..sedap.lupe nak amik gambar makanan yang ciap dimasak..

Monday, December 5, 2011

Seriken


Semalam oleh sebab tak tau nak buat apa, aku ter-joint la senior mes p seriken. lagipun sepanjang duk cni masih lum pergi. dianggarkan perjalanan mengambil masa selama 1 Hour. seriken adalah sempadan antara sarawak dan indonesia-kalimantan. barang yang diniagakan disini adalah barangan seperti kraf tangan, makanan, baju, dan macam-macam la. kalo kat semenanjung pasar seperti ini lebih kurang sama dengan padang besar, bukit kayu hitam. cuma di seriken lebih kecil sedikit.


kalo nak dibandingkan harga, aku rasa x de la murah sangat2.. biasa je.. kekadang mahal gak. ayo..kalo nak membeli disini aku rasa perlu pandai tawar menawar.. kalo ada pribumi sarawak bawak sekali..hihik..

Wednesday, November 30, 2011

Plan Bercuti


Perancangan yang dirancang telah ditetapkan. aku telah memutuskan 16/1/12-31/1/12 aku balik bercuti di kampung. wah..lama betul rasanya x balik. tiket pon dh booking. semalam juga aku dh buat permohonan bercuti. sebenarnya cuti aku banyak lagi..sebelum ni pun mana pernah cuti.. dah 2 tahun tak cuti..dashyat tu..harapkan weekend. hikhik.. cuti tahunan da 30 hari lagi. ballance cuti tahunan 2010 hanya boleh dibawa 15 hari sahaja. rugi la tahun lepas x cuti..huhu..nak buat camne, kepentingan perkhidmatan harus diutamakan "service before self".
plan ni juga disebabkan ada adik beradikku yg len bercuti. kalo ramai ada kat kampung, baru seronok kan? kalo sorang x seronok la..x berbaloi kos yang ditanggung.


Jadual perjalanan dari Kuch- kL & Return

Jadual Perjalanan dari kL - Trgnu & Return

nampaknya kalo cuti 2 minggu di semenanjung, elaun malaysia timur akan hangus..huhu.. kerana emt hanya dibayar pada kakitangan kerajaan yang menghulurkan khidmatnya di bumi sabah/sarawak. hampir rm300+ aku rugi woo kalo 15 hari..ayo.. hehe.tp x kisah la..janji wa dpt balik kg...yahoo...

Tuesday, November 29, 2011

Berkelah di Hujung minggu


Semalam cuti awal muharam menandakan kita telah masuk tahun baru islam 1433H. sedar x sedar tu la kenyataannya..sekejap je kan? masa berlalu mmg cepAT jer.. begitu juga aku, banyak perubahan berlaku. kerjaya pun makin stabil.rezeki alhamdulillah...ader je. duk di bumi kenyalang memang agak jauh dari smenanjung. jadi keluarga disini hanya kawan-kawan. oleh kerana hujung minggu mempunyai cuti 3 hari, kami plan satu perkelahan di kawasan air terjun berhampiran matang. dalam 30 minit kot.



inilah permandangan dari atas..best gak mandi. lama x jumpa air terjun..hikhik. permandangan ni mcm skodeng je kan?ayoo.. tp air dia sgt la sejuk.. mandi lama pun masih terasa...


ni tengah bakar ayam dan sosej.. sibuk menghidupkan api. walaupun kekangan pada masa tersebut hujan tapi itu tidak mematahkan semangat kami.. anggota yang datang terdiri dari anggota bujang dan berkahwin. yang bujang hanya 5 orang dan berkahwin 2 orang yang mana mereka datang bersama anak2 sekali.. ramai-ramai meriah..


peace your..

Monday, November 21, 2011

Masa Lapang


rasanya dh lama tak update blog..skrang aku da 2 blog tau. satu update yg airforce kuching (kenyalangterbang.blogspot.com)dan satu lagi yg nie..ayo...kedudukan aku di kuching makin stabil.dh kurang halangan2.. jd relek skit.. masalah pn hanya fikir di office.
jadi setiap hujung minggu harus difikirkan perkara apa perlu dilakukan.. susah jugak kan? hehe..
ye la..takkan nak tidu je..x elok jugak. setakat di kuching aku dan kwn2 plan p memancing, tengok wayang, jalan2,tgok live band... tu je la kot..setiap minggu. hoho..

Ni tengah memacing udang dekat stutong. dalam 20 minit kot.. memancing dalam kolam.hehe.. nak memancing kat sg sarawak dapat benda len susah..

udang galah tu..nyam2..

Wednesday, October 5, 2011

EMT

Bulan ni rezeki aku bertambah dengan kehadiran EMT(elaun malaysia timur). tambahan bulan ini aku dpt double.. kat cni rupanya dpt cash. aku ingat dia bank in..first time katakan.. papepun trima kasih kerajaan sarawak. bkn kerajaan pusat tau..duit yg dpt aku plan nk bg la nampak sesuatu maka aku terbeli la sesuatu.. mggantikan gadget aku yg uzur. huhu..kecian dia..

Gila beli baru..haha..mesti korang cakap camtu kan? kalo simpan pn lama2 abis gak..
lepas ni aku nk beli motor lak, then tv..then bla...bla..bla...

Sunday, August 7, 2011

kuching


tahukah anda dimana ini? tempat ini di kuching. hehe..nampaknya inilah tempat kerja baru aku.. abih je kursus di plpl dh kena posting di kuching. aku x kisah sgt..lgpn bile lg nk merantau tempat org kan? kalo harap p sajer2 mmg x p la..haha...tp jauh skit la..nampak cam raya ni x ley balik jer..huhu..puasa pn kat sana..hattoii...sadih2..

sebenarnya aku kat wisma transit ni masa post bulletin nih, lepak cni.amik satu bilik.free jer.. bilik konon standart hotel..tp x bersih sgt pn..em,boleh la..diharap di tempat keja baru mmberikan satu sinar baru..yg mana dpt mengutip seberapa byk pegalaman. sbb sesungguhnya dlm pekerjaan seperti aku,pengalaman amat penting.
aku pn x tau dh nak merepek apa..akhir kata selamat berpuasa semua..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin