kartun widget

Sunday, June 19, 2011

ke sg buluh..


weekend ni mmg aku x dpt kelulusan.jd terpaksa stay dkat mess jer. sebenarnya minggu dpn exam sumatif 4.jd minggu ni pakat study la..hehe. dh boring study, nak gak jln2..tul x? bg kurangkan stress. jd aku plan nk jumpa mak yam. beliau skrang mmg duk kat area puduraya stay ngan anaknya kerana nak jaga cucu. aku ingat nak p puduraya,last dpt tau mak yam p sg buloh umah anak dia lagi sorang (k.enom). jd aku p la mencari..dlm 45 minit sampai ler.. dh lama x jumpa mak yam sbenarnya..huhu. dpt jumpa leh la sembang dan bertanyakan khabar.. nanti bln 8 aku dh nk gerak dan posting ke kuching.jadi raya tahun ni 50-50 antara balik dan tidak balik..jd baik aku settle semua..huhu..jumpa org2 penting dlm hidup aku..hehe..

p/s: sory yer,lupe nak amik pic td..haha..

Tuesday, June 7, 2011

Mengenali Karekter Melalui Tandatangan


Semua orang tahu bahawa apapun yang kita tulis menunjukkan karakter kita, tak terkecuali tanda tangan. Namun tidak semua orang tahu bagaimana membaca karakter dari bentuk tanda tangan. Mari menambah sedikit ilmu pengatahuan

1. Satu Garis Di Bawah Tanda Tangan
Mempunyai keyakinan yang tinggi dan personaliti yang baik. Namun, bersifat kedekut. Mereka juga percaya kepada kebahagiaan dalam kehidupan manusia.

2. Dua Titik Di Bawah Tanda Tangan
Mereka boleh dikatakan berjiwa romantik. Mudah ganti pasangan seperti menukar baju. Memilih orang yang memiliki kecantikan dan mereka sendiri berusaha untuk kelihatan menarik dan mereka ini juga mudah menarik perhatian orang lain.

3. Satu Titik Di Bawah Tanda Tangan
Lebih cenderung kepada seni klasik serta perkara yang mudah dan tenang. Jika orang lain yang telah hilang kepercayaan kepada anda, anda tidak akan sesekali kembali kepada mereka dan ini menunjukkan mereka seorang yang tetap pendirian.

4. Tiada Garis atau Titik Di Bawah Tanda Tangan
Mereka ini selalu senang hidup dalam dunia sendiri dan mereka juga jarang mau mendengar pendapat orang lain.Mereka ini boleh di kategorikan sebagai pencinta alam tetapi mereka juga mempunyai sifat agak kedekut.

5. Tiada Persamaan Antara Nama dan Tanda Tangan
Maksudnya tanda tangan mereka tidak menonjolkan nama mereka. Golongan ini mencoba untuk kelihatan bergaya, suka menyembunyikan sesuatu. Mereka jarang untuk berterus terang tetapi mereka merupakan pendengar yang baik dan sentiasa memberi perhatian tentang apa yang orang lain sedang katakan.

6. Ada Persamaan Antara Nama dan Tanda Tangan
Mereka ini berkeinginan untuk menjadi bijak tetapi mereka tidak pernah berfikir. Mereka ini tidak konsisten, dan selalu menukar idea atau pandangan sendiri. Golongan ini tidak pernah berfikir baik buruk tentang sesuatu perkara. Biasanya, orang lain boleh mengambil hati mereka dengan hanya memuji.

7. Tanda Tangan dengan Huruf Yang Tidak Bersambung
Mereka ini sangat baik terhadap orang lain. Mempunyai hati yang baik, tidak mementingkan diri dan siap berkorban untuk kepentingan dan kebahagiaan orang yang disayangi. Tapi apabila terlalu banyak perkara yang mereka fikirkan, ini menyebabkan mereka akan cepat tersinggung.

8. Tanda Tangan yang Lengkap Seperti Nama
Mereka sangat baik hati dan boleh menyesuaikan diri dengan suasana apa saja dan siapa saja yang mereka temui. Golongan ini juga sangat teguh pendirian serta pendapat dan memiliki keinginan yang sangat kuat dalam mendapatkan sesuatu.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin