kartun widget

Showing posts with label Ketenteraan. Show all posts
Showing posts with label Ketenteraan. Show all posts

Saturday, October 16, 2010

bulan 10 ???


Sejak akhir-akhir ini selepas jer balik cuti raya bebarapa minggu yang lalu, aku merasakan terlalu bz sangat.tekanan sentiasa berada pada 101 peratus.. hehe..hidup jadi tak menentu. maybe dah nak dekat passing out. biasanya kalo 3 bulan last macam-macam karenah akan dipermainkan bagi mewujudkan suasana baru yang boleh menyebabkan tak tenteram. rehat sentiasa tak cukup, aktiviti terlampau pack sangat sampai kekadang aku rasa dh mcm tak boleh..tp buat jugak bagi menampakkan kita berusaha buat dan bertindak mengikut perintah. kalo fikir badan memang penat bulan nie, tp pepatah askar mengatakan jgn dilayan penat nanti sume tak jadi..kita kene push, paksa baru leh buat.semangat kena sentiasa kuat.semuanya set pada mental.



aku sebenarnya amat bersyukur pada tuhan kerana sepanjang menjalani kursus aku masih belum lapor sakit kerana latihan. walaupun aktiviti teruk sekali pun aku masih gagah melangkah.. berbanding dengan skotku pada ketika ini bayangkan 12 orang lapor sakit..hanya tinggal 20 orang yang masih semangat dan kuat.hehe..ble start jer hari latihan pasti ada yang melapor sakit..
aku pun tak pasti, teruk sangat kah latihan? maybe mental ngan latihan merentas halangan kot..
sebab kat sana fizikal & mental perlu kuat.huhu..mujur aku ok jer..syukur pada tuhan.
walaupun badan dah lebam2 .Itu tidak mematahkan semangat aku kerana itu adalah adap yang mesti ditempuh jua..aku berharap bulan 10 ini berakhir dengan cepat supaya hidup aku aman sentosa.hehe...

Thursday, July 15, 2010

Road Relay


Mulai 16hbt Julai hingga 19 Julai,aku sangat bz dengan kehidupanku.huhu...banyak sangat kerja didalam kepala lum setle.sekarang tarikh tu ada sukan 3 penjuru diantara udara,darat dan laut. pertandingan yang diwakili adalah bola sepak,hoki,bola keranjang, bola tampar dan road relay.aku tak tau camne..nama aku leh ade lak dalam road relay.huhu..aku dah la bz..adoii ya..dah la sukan ni aku jd ajk peralatan. banyak benda nak setup.pastu ahli persembahan..last jd runner lak tuk road relay..
untuk skuad aku pnya psal..aku join gak.berharap segala correction action akan tamat.
lepas ni tak payah pakai baju kawad lagi dan fsmo ble makan mlm dan waktu rokol.hehe..
doakan aku sume k..bye.

Thursday, June 17, 2010

cuti weekend



berita mengejutkan tiba-tiba gempar.semua pelatih di Ktu harus pulang bagi mengelak penularan wabak iLi.skuad aku sndiri sangkut 6 orang dan telah dikuarantinkan dan yang lain telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.oleh kerana waktu dilepaskan agak lewat,jadi aku telah terlepas bas untuk balik ke kampung.dah tak tau nak p mana, lepas makan terus cari hotel sekitar shahab perdana dan terus tidur.
keesokan baru berkemas dan cari tiket.dari kedah p terengganu waktu siang hari memang problem sebab memang bas ekspres tiada.jadi aku buat keputusan naik 2 bas iaitu balik ke kota bharu then cari bas kedua balik ke terengganu.
fuhhh! penat beb!

p/s: aku cuti sampai hari isnin.yahoooo...

Monday, June 14, 2010

exam?


penatnya nak bukak buku/slide show/salin balik/buat note..huhu...esok da test.
kalo tak study;mati! hahaha....takpe,aku akan cube sedaya upaya.esok exam safety.
dah la pg ader juga latihan jasmani..abih pT hilang ilmu.haha..askar-askar?
inilah lumrah khidupan askar.layannn....

doakan aku success ok.

Saturday, February 20, 2010

Sayonara Army?


sedih hati aku kerana terpaksa menamatkan perkhidmatan army.huhu...minggu ini merupakan minggu terakhir latihan aku p kem RAW siri 512 batalion 1.
banyak kenangan dan pelajaran diterima disini.bagi aku kem ini sangat bagus melatih anak watan mempunyai jati diri yang kuat,berketerampilan dan efisien.
aspek keberanian juga dilatih supaya dapat mengharungi liku2 hidup yang mencabar.
hampir 5 tahun aku berada dalam army,nampaknya terpaksa memasuki bidang baru- airforce.
aku harap bidang ini memberikan satu kepuasan apabila bekerja.
semangat pun ngah ada nih..hehe..doakan aku sume k.9 bulan duk kolej banyak kene blasah jadi doakan kesihatan dan semangat tidak luntur.insyaAllah...

Latihan minggu ini adalah mengajar mereka membuka dan memasang m-16 serta langkah TSM(tindakan serta merta).


mereka dipecahkan kepada kumpulan kecil..masing2 cuba membuka alatannya.
perlu cepat tau kerana masa diberikan hanya <1 minit.


menunggu arahan selanjutnya..


p/s: kalo aku x reply msj korang,sori la k.dengar khabar ble mula training klengkapan sperti hset/laptop sume disimpan oleh jurulatih..waAllah hu'allam.

Sunday, February 14, 2010

Rejimental 512


Sambutan hari Rejimen masih terasa kerana upacara terakhir diadakan majlis makan malam rejimental berlangsung di ri-yaz heritge dan spa di pulau duyung,kuala terengganu.majlis ini diadakan setahun sekali dan menghimpunkan batalion.

sempat juga untuk mengambil gambar.hehe...

suasana makan..

bersama Lt.Nordin dan Ltm.Hafiza



menu suop.

menu ayam-hidangan special

menu pencuci mulut

Sunday, February 7, 2010

program mderma darah


latihan minggu ini juga diadakan program jiwa murni.yang mana anggota boleh menderma darah bagi menampung tabung darah.program ini adalah hasil kerjasama HSNZ(Hospital Sultanah Nur Zahirah).program ini pun bg aku sangat bagus.pengorbanan anggota tentera amat banyak.jikalau dilihat,banyak kem menjadikan program derma darah adalah program rutin yang mana selalu dibuat.


begini la suasana yang boleh dilihat pada program tersebut.


penderma dianggarkan 58 orang.


aku pun tidak ketinggalan menderma darah.hehe..masuk kali ini dah 4x tau..tu jarum nak masuk tu..muka relek je..kan?sakit x?


menunggu darah keluar kedalam tabung..huhu..hilang 350ml.haha..tp orang cakap kalo derma darah badan naik tau..aku tunggu gak..ble badan aku nk naik..derma dah derma dah..huhu


p/s: jikalau anda merasakan darah anda berlebihan,jangan biarkan ..
dermalah.bantulah insan yang memerlukan...hehe

Ulangtahun RAW 512

2 hari lepas aku masuh turun latihan darat di 512 RAW. semalam merupakan minggu latihan pertama.oleh itu,upacara kawad pembukaan latihan telah dijalankan.
kerja sebagai pegawai senang je. just jd pegawai kempeni bari tiap2 fail(kumpulan).
ini merupakan pengalaman pertama.seronok jugak.dah 2 tahun x kawad sebenarnya.
ble jd pegawai kempeni kne la duk depan.peranan pn besar la jgak.sbb sume orang tgok..takpa layan...hehe.

ini adalah fail yang ada.terdiri daripada 1 fail askar tetap dan 3 fail askar sukarela yang terdiri daripada orang awam dan ipta(udm dan umt).

kawad ini juga diiringi oleh pancaragam 512 RAW. jadi protokol harus diikut dengan betul dan selari supaya semuanya berjalan dengan mantap.
sebenarnya tetamu yang hadir adalah briged jeneral che mat.


selepas upacara kawad pembukaan latihan,diadakan majlis makan besar dan acara potong kek sempena tahun baru 2010.

di area sini adalah terdiri daripada pegawai tinggi(lef.kernel rosli,briged jneral che mat dan left kernel adnan)



inilah antara pegawai yang selalu lepak ngan aku.LT. nordin,aku(bere' cam hampeh x tgok lak mse pakai)dan ltm.azli

Saturday, November 14, 2009

Rezeki

alhamdulillah..syukur ke hadrat ilahi..
berkat doa ahli keluarga dn kawan2..dpt gak jawatan GO(Graduan Officer) yang aku p interview selama 2 minggu. jd penolakkan kerja di tesdec sebagai pegawai eksekutif iT di sekolah pn tak sia-sia la..hehe.cuti yang diambil tak berbayar pn terbalas la..alhamdulillah.
setelah duk di kem desa pahlawan selama 2 minggu pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi meluluskan seseorang calon.persaingan cukup hebat kalo nak dikirakan. persediaan mental dan fizikal mmg penting.kalo tak memang balik awal.hoho..

kenanagan semua airforce yang dapat G.o. ni pn dlm 28 orang drp 90 lebih yg hadir..


kenangan semua G.O yang terpilih. tag hijau(airforce), biru(kagat) dan len-len doktor darat.gabungan ini seramai 50 orang shj.


suasana selepas lembaga akhir..ngah seronok.



pagi dan petang keje duk men je..suasana lepas main..penat beb!

Tuesday, October 13, 2009

interview Latest!


semalam abih je balik keje, dpt mesej mengatakan aku dpt interview skim graduan ATM(G.O).aku isi online bulan lepas kot..interview akan diadakan 21 oktober sampai 4 november 2009 di kem desa pahlawan,kota bharu(semenanjung). lama tu..sesi interview.ble fikir2 takut gak sbb stamina dah lama tak de.huhu...duk office je.bz kan..skrang kalo nk p interview kne la bina semula stamina..balik keje kene jogging selalu.
sebenarnya aku masih berbelah bahagi dlm bidang ketenteraan ni..ye la nk masuk tetap kan,ingat nk memain je.haha.. camnepun skrang dh tak leh pilih kerja. aku harus tabah dan berani menyahut cabaran.haha..harap korang doakan aku berjaya k.



menyahut seruan pertiwi..sedia berkorban pada negara!

Monday, May 11, 2009

program bersamamu


Masuk semalam dah 2 bulan aku masuk kem wataniah. Aktiviti semalam adalah berbentuk kemasyarakatan. Kawasan yang terlibat adalah area alur limbat. Anggota seramai lebih kurang 40 orang telah dikerah bagi membantu masyarakat disana yang kurang bernasib baik. Antara aktiviti yang dijalankan adalah membaiki rumah mereka-menyediakan dapur dan bilik air baru, mengecat umah, membersihkan laman dan sebagainya. Segala kos dan keperluan adalah dibiayai oleh adun dikawasan berkenaan. Aktiviti ini dijalan kan secara bersama dengan anggota masyarakat kampong disana. Aktiviti dilakukan adalah berbentuk gotong-royong.Program bersamamu ini juga mendapat perhatian daripada RTM TV1 dan akhbar Sinar Harian.


Jika diikutkan memang banyak kerja yang harus dilakukan bagi menaik semula taraf rumah mangsa. Sungguhpun masa yang diberi untuk kami hanya setengah hari kerana terikat dengan waktu latihan tetapi mutu kerja yang ditujukkan sungguh memberangsangkan.Tahniah diucapkan Rejimen askar Wataniah 512 Batalion 1.


jentera berat juga terlibat dalam kerja merobohkan dapur serta tandas.Robohan ini bagi membina keperluan dapur serta tandas yang baru.


Gambaran hadapan rumah.anggota sibuk mengecat rumah.


Gambaran sisi rumah.


kerja berpasukan.semangat bantu-membantu diutamakan dalam urusan. kerja memindahkan batu dari bahagian hadapan ke bhagian belakang.


Lef. Nazarudin menunjukkan skill mengikat batu..cam gambar posing lak kan? aku pun pelik..haha..sory,Tuan!

Anggota membancuh simen bagi membuat dapur baru.Maaf la deh,gambaran siap tak dapat tunjuk sbb tak sempat amik gambar..hehe..

Thursday, May 7, 2009

Hari minggu latihan macam biasa


posting ni x de pape..menyatakan aku tak keje esok dan lusa(jumaat dan sabtu). memang jumaat dan sabtu adalah hari minggu bagi terengganu darul iman.bye.wsalam..


dan (7-8/5/2009)esok serta lusa juga..aku macam biasa mempunyai latihan di 512RAW.
nak p perang lak.berkhidmat untuk negara.
kalo korang tak de keje p la join mane-mane wataniah ok.busuk-busuk pun dapat la RM48.00 sehari tau kalo korang rekrute.dapat la tambah duit poket korang.

Sunday, May 3, 2009

pertandingan menembak m-16

untuk latihan bulan ni,ada latihan menembak lak sterusnya buat pertandingan sekali. acara berlangsung di lapang sasar uitm dungun.untuk pertandingan kali ni diadakan pertandingan antara kompeni. wlaupun kompeni aku kalah,x kisah la..hehe..sbb anak buah tak ramai yang datang.aku lak masuk team pegawai.fuh,lama gak tak menembak..camne pun best gak la.sbb dpt jaringan ke-2 tinggi dalam ranking pegawai.hehe..ok la tu kan?
seingat aku,last menembak masa ditauliahkan dulu di ukm,bangi.tu pun sbb aku masuk team merentas halangan buat latihan.jadi ada la part menembak dalam jarak 50 meter kalo tak silap. yang semalam punya rasanya 100 meter.

suasana menembak

aspek keselamatan harus diutamakan.jurulatih sentiasa pantau tindakan rekruite. hal ini kerana peluru yang digunakan adalah peluru betul.jika tersilap langkah, buruk padahnya.


antara hadiah yang disediakan.sebenarnya ada satu lagi hamper yang besar,aku x sempat amik gambar.hehe..

upacara pembahagian hadiah.mereka ditempatkan kompeni masing-masing.

Sunday, April 26, 2009

Minggu kedua latihan


masuk minggu ni dah 2 minggu aku follow latihan wataniah. sekarang staff dan rekrut pun dah ramai kenal. elaun pun ok la.elaun pegawai tinggi la skit. dengar kabar 1 jam RM5.80. hitung2 4hari latihan dah Rm200++. ok la dari duk saje umah. p sana leh la tambah pendapatan. walaupun latihan banyak duk relek je. aku pun pelik,nape latihan kat batalion 1 tak bape nak menarik.mungkin kekangan pentadbiran kot..
sekarang macam dah boring skit..ye la, tak tau nak buat ape..sbb minggu ni aku tak mengajar pun.pegawai lain yang amik. gilir-gilir la kan..tapi semalam masa
pentadbiran aku dan member aku(leftenan) p amik rekrut.hehe..buat cari pasal skit. sbb depa macam tak bape tau adat resam tentera. ader ke dia panggil aku cik?dan member aku koperal? haha...padahal pangkat dah terpampang 1 dan 2 paku atas bahu. diorang masih x kenal lagi..
jadi dapat la sdikit pengajaran. ini bukan buli pun.dalam tentera biasa la. sbb mengajaran dalam tentera bukan macam sekolah.dapat macam tu je..untuk membuatkan mereka ingat,kena la bagi sedikit habuan.kitaorang buat skit2 je. risau gak..nanti depa x datang latihan minggu dpn kan susah lak..



apa yang penting sekarang semangat diorang.kalo masih kental lagi..datang la tu..
dalam ketenteraan amalan hormat-menghormati menjadi keutamaan. orang bwh mesti hormat yang atas. segala arahan perlu dipatuhi. inilah yang menjadi tradisi dan kebanggaan tentera.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin