kartun widget

Showing posts with label kongsi ler... Show all posts
Showing posts with label kongsi ler... Show all posts

Saturday, November 10, 2012

Tips Mengelakkan Penceraian

Semua pasangan suami isteri tidak menginginkan penceraian berlaku dalam perkahwinan yang dibina. Namun harapan saja tidak mencukupi, mereka seharusnya berusaha untuk menghindarinya. Jesteru ada banyak cara yang diketengahkan untuk mengelakkan berlakunya perpisahan suami isteri ini. Ia harus dipraktikkan oleh semua pasangan walaupun tatkala ini anda sedang berbahagia.
Antara Tips Berkesan untuk menghindari penceraian adalah :


Tips 1. Menerima pasangan seadanya
- Ketika seorang lelaki dan wanita berumahtangga dan hidup sebumbung maka sifat sebenar masing-masing akan terserlah. Sikap itu mungkin tidak sama seperti anda berdua di alam percintaan. Yang ada ketika itu hanyalah dua insan orang yang harus saling menyesuaikan diri. Inilah kehidupan perkahwinan yang sebenarnya. Anda dan pasangan belajar mengenali perbezaan masing-masing. Dalam tempoh mengenali ini, anda akan berhadapan dengan beberapa perkara yang boleh menumbulkan konflik. Antaranya seperti perbezaaan persepsi, wawasan, nilai, latar belakang dan keperibadian. Namun, perbezaan itu sebenarnya boleh diatasi jika masing-masing saling berusaha memahami dan menilai diri.



Tips 2. Komunikasi dua hala
- Biasakan diri untuk saling berkomunikasi bersama pasangan, baik ketika berada di rumah mahupun ketika sedang berjauhan. Jika ada masalah, sebaiknya dibincangkan ketika anda atau pasangan sedang santai. Ketidakharmonian rumahtangga biasanya bermula dari kurangnya komunikasi dua arah antara suami dan isteri. Masing-masing saling menyimpang masalah seolah-olah bersendirian meskipun berada di bawah satu bumbung.



Tips 3. Jangan cemburu berlebihan
- Ramai yang menyatakan bahawa cemburu itu tandanya sayang. Betul ke ? Walaupun ada benarnya cemburu tandanya sayang, itu bukan bermakna anda atau pasangan boleh cemburu buta. Memang banyak perselisihan suami isteri yang berpunca daripada faktor ini. Lazimnya ia bermula dari salah tafsir dan sikap terbuka.
Misalnya seorang rakan telah melihat suami keluar berdua dengan rakan sekerja wanitanya dan tanpa bertanya anda menyerang suami dan menuduhnya bukan-bukan, sedangkan dia keluar atas urusan kerja. Nah, inilah yang disebut cemburu tidak bertempat atau cemburu buta.


Tips 4. Keterbukaan tentang masalah Seks
- Masalah seks ternyata antara penyebab berlakunya penceraian. Mungkin ramai yang lupa bahawa fungsi hubungan seksual selain untuk mendapatkan zuriat keturunan, juga adalah untuk rekreasi atau kesenangan dan ekspresi cinta. Ramai pasangan mengakui, hubungan seksual dilakukakn untuk menghilangkan tekanan setelah seharian bekerja.
Bagi mengelakkan kebosanan, tiada salahnya anda lebih kreatif dalam aspek kehidupan seksual. Lokasi, teknik atau posisi yang baru adalah antara cara yang boleh dilakukan. Namun perlu diingatkan, apa yang anda inginkan dalam hubungan seks harus dikomunikasikan dengan pasangan anda. Begitu juga sebaliknya.
Tips 5. Jangan biasakan berbohong
- Pasti ramai yang pernah membohongi pasangan masing-masing, bukan ? Bagi suami, anda pasti tidak sanggup berterus-terang dengan pertemuan bersama klien wanita yang cantik dan bijak hingga berlarutan ke lewat malam. Agar isteri tidak banyak bertanya dan anda sendiri enggan mencetuskan pertengkaran maka anda mengatakan perkara yang berbeza.
 Anda berbohong dengan alasan untuk kebaikan. Perlu anda ketahui, perkara ini sebenarnya akan berlanjutan dan lama kelamaan anda akan menganggap berbohong pada pasangan adalah perkara biasa. Supaya semua ini tidak terjadi maka sebaiknya anda ceritakan saja pada pasangan anda bahawa apa yang anda lakukan adalah untuk urusan pekerjaan semata-mata.
Tips 6. Hindari Kecurangan
- Curang dengan pasangan selalunya terjadi kerana masing-masing tidak mahu saling terbuka atau mendengarkan apa yang dirasai atau dikeluhkan oleh pasangan. Contohnya, sang suami merasa jengkel kerana setiap kali pulang, isterinya tiada di rumah. Tapi keluhan itu tidak disampaikan oleh suami ataupun sudah disampaikan tapi tidak didengari.
Kecurangan juga berlaku kerana pasangan kesepian, tidak merasakan kepuasan seksual atau godaan dari luar seperti tempat hiburan dengan erotis, wanita perayu dan lain-lain. Bagi menyelesaikan masalah ini, perkara pertama yang harus dilakukan adalah mencari punca permasalahannya, kemudian berusaha untuk hindari atau disingkirkan.

Tips 7. Cari Orang Tengah
- Sekiranya masalah yang berlaku antara suami isteri tidak dapat diselesaikan setelah puas berusaha, maka carilah bantuan orang ketiga sebagai orang tengah. Orang ketiga itu haruslah seorang yang dihormati oleh suami isteri, seperti mentua, bapa saudara mahupun sahabat yang sudah lama dikenali. Cara ini lebih baik berbanding anda bercerita dan mengadu kepada jiran, rakan atau teman sepejabat.

Tips 8. Tetap Mesra
- Agar hubungan anda dan pasangan tetap mesra, buanglah jauh-jauh persepsi bahawa kemesraan itu hanya dikecap ketika bercinta saja. Pada dasarnya, kemesraan itu boleh dikecapi asalkan anda berusaha.

Tips 9. Pasrah kepada yang Esa
- Berhadapan dengan permasalahan rumahtangga, perasaan emosi memang membuak-buak. Namun, jangan terbelenggu dengannya. Berdoa dan pasrahkan diri kepada yang maha Pencipta agar emosi tidak mempengaruhi tindakan dan permasalahan dapat diselesaikan dengan segera.

Thursday, December 15, 2011

Kenaikan Gaji Askar (ATM) Diperinci – Tiada Perang Tak Wajar Naik Gaji?


KUALA TERENGGANU – Kementerian Pertahanan telah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung pelarasan skim gaji Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau sendiri telah berbincang dengan Ketua Pengarah JPA, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah untuk memperincikan tentang pelarasan gaji tentera, supaya sekurang-kurangnya sama dengan Polis Diraja Malaysia mengikut pangkat.

“Tetapi sebenarnya jika mengikut Perlembagaan Malaysia, skim perkhidmatan ATM hendaklah berada di atas lain-lain perkhidmatan.

“Asas itu yang saya pegang walaupun ada yang pertikaikan tak perlu ada kenaikan gaji, kononnya askar banyak berehat dan tak berperang. Jadi, adakah perlu perang dulu baru nak naik gaji,” katanya. KOSMO

Isu kenaikan gaji ATM tidak wajar naik oleh sebab tiada perang rasanya tidak wajar untuk digunakan. Ini kerana bagi pendapat saya, apabila ada menurunkan cop 10 jari dan memegang BAT C 10 bermakna menyerahkan hidup kepada ATM.

Cuti adalah ihsan, bermakna pada ketika cuti anggota boleh dipanggil pada bila-bila masa jika perlu.

Adakah berbaloi dengan gaji 2,3 ribu sebulan dengan menyerahkan hidup pada angkatan tentera sedangkan anda sedang berseronok dengan keluarga dirumah?

Pada pendapat saya, hanya gaji yang mampu untuk menarik rakyat Malaysia menyertai angkatan tentera dan sejumlah kecil sebab utama kerana semangat patriotik untuk membela tanah air tercinta.

Walaupun, gaji menjadi motif utama menyertai angkatan tentera tetapi semangat patriotik akan dipupuk ketika menjalani latihan dengan ATM kemudiannya.

Kita dapat lihat kurangnya bukan bumitera menyertai ATM terutamanya dari kaum Cina. Pada andaian saya, kerana kebanyakan kaum cina lebih gemar untuk berniaga dan mereka sememangnya menguasai perniagaan di Malaysia dimana sangat berbeza dengan orang melayu yang lebih gemar untuk makan gaji.

Jika anda masih mahu mempertikaikan isu kenaikan gaji ATM, mungkin anda boleh menjadi kadet selama 4 tahun, jalani latihan sepertimana mereka jalani. Kemudian anda boleh nilai adakah berbaloi dengan gaji sekarang???

p/s : penulis tidak bersetuju banyak perkara dengan ATM tetapi menghargai jasa mereka yang memegang BAT C 10

sumber: http://Selangor2u/blog

p/s: tahun 2012 bermulanya skim gaji baru. dah nampak banyak peningkatan.

Tuesday, June 7, 2011

Mengenali Karekter Melalui Tandatangan


Semua orang tahu bahawa apapun yang kita tulis menunjukkan karakter kita, tak terkecuali tanda tangan. Namun tidak semua orang tahu bagaimana membaca karakter dari bentuk tanda tangan. Mari menambah sedikit ilmu pengatahuan

1. Satu Garis Di Bawah Tanda Tangan
Mempunyai keyakinan yang tinggi dan personaliti yang baik. Namun, bersifat kedekut. Mereka juga percaya kepada kebahagiaan dalam kehidupan manusia.

2. Dua Titik Di Bawah Tanda Tangan
Mereka boleh dikatakan berjiwa romantik. Mudah ganti pasangan seperti menukar baju. Memilih orang yang memiliki kecantikan dan mereka sendiri berusaha untuk kelihatan menarik dan mereka ini juga mudah menarik perhatian orang lain.

3. Satu Titik Di Bawah Tanda Tangan
Lebih cenderung kepada seni klasik serta perkara yang mudah dan tenang. Jika orang lain yang telah hilang kepercayaan kepada anda, anda tidak akan sesekali kembali kepada mereka dan ini menunjukkan mereka seorang yang tetap pendirian.

4. Tiada Garis atau Titik Di Bawah Tanda Tangan
Mereka ini selalu senang hidup dalam dunia sendiri dan mereka juga jarang mau mendengar pendapat orang lain.Mereka ini boleh di kategorikan sebagai pencinta alam tetapi mereka juga mempunyai sifat agak kedekut.

5. Tiada Persamaan Antara Nama dan Tanda Tangan
Maksudnya tanda tangan mereka tidak menonjolkan nama mereka. Golongan ini mencoba untuk kelihatan bergaya, suka menyembunyikan sesuatu. Mereka jarang untuk berterus terang tetapi mereka merupakan pendengar yang baik dan sentiasa memberi perhatian tentang apa yang orang lain sedang katakan.

6. Ada Persamaan Antara Nama dan Tanda Tangan
Mereka ini berkeinginan untuk menjadi bijak tetapi mereka tidak pernah berfikir. Mereka ini tidak konsisten, dan selalu menukar idea atau pandangan sendiri. Golongan ini tidak pernah berfikir baik buruk tentang sesuatu perkara. Biasanya, orang lain boleh mengambil hati mereka dengan hanya memuji.

7. Tanda Tangan dengan Huruf Yang Tidak Bersambung
Mereka ini sangat baik terhadap orang lain. Mempunyai hati yang baik, tidak mementingkan diri dan siap berkorban untuk kepentingan dan kebahagiaan orang yang disayangi. Tapi apabila terlalu banyak perkara yang mereka fikirkan, ini menyebabkan mereka akan cepat tersinggung.

8. Tanda Tangan yang Lengkap Seperti Nama
Mereka sangat baik hati dan boleh menyesuaikan diri dengan suasana apa saja dan siapa saja yang mereka temui. Golongan ini juga sangat teguh pendirian serta pendapat dan memiliki keinginan yang sangat kuat dalam mendapatkan sesuatu.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin