kartun widget

Sunday, May 31, 2009

Fusion v 7.00.05.


sekarang fusion aku dh update version 7.00.05.paling latest la.hehe..banyak funtion tau.ok la.tp camne pun masalah theme je la.sbb latest sangat...masalah nak dapatkan theme lak.adui..ye la,barang lama tak support lak.adui..patutnya lagi latest lagi la bgus..ni la klemahan dia...huhu..

ni la panel dia..ada 3 ruangan.senang nk manage.new version katakan..
korang yg x penah try..aku syorkan try jer.senang.tak sapa 1 jam leh ciap website.
cuma kalo banyak maklumat je..lambat la skit..hehe..

anyway,website ni still lum ciap.aku tgah fight ngan geng pompuan.depa pkai joomla.aku lak pakai fusion.sape hebat..diterima.haha...cabaran2x..
hidup penuh tertekan aku seminggu dua ni.sbb 2 minggu lagi website ni akan present kt MB.dasyat gak..kan?

Tuesday, May 26, 2009

php fusion


aku dh fening mgadap joomla.huhu...susah nk setting la.install dh ok.masalah template,setting header,footer,banner,section....aaiiiii... berpeluh den.
oleh sbb banyak sgt masalah..aku pikir website yg aku dpt minggu lepas kene developed by php-fusion.sbb dulu penah la explore benda ni.tak de susah sangat..
aku harap kali ni tak de masalah.semalam dh download..da error.ari ni cari len lak.
adui..banyaknye masalah.cubaan...cubaan...aku nk bg ciap gak nih..


kalo pakai fusion masalah satu je..kene run kat server terus. sbb connection ke database perlu connect trus.jd nk upload ke server kene la cepat. papepun bergantung pd keadaan server gak.adui...tempat aku lambat la...2.2(Rate-kb/s)je transfer.
tgahari baru ciap nih..lambat tul..

Monday, May 25, 2009

Banggol + Terapoh Padang?


ni aktiviti aku hari minggu. baru2 ni,abg ni(abg sulungku) ajak p banggol(kebun). aku pn x tau nape depa panggil banggol.org dulu2 punya hal kot. name pnuh baggol ni banggol pak samad. maybe pak samad la yg terokai dlu kot.. xde org kaji lagi..sape2 yg rase free dan nk buat kajian aku syorkan buat kajian sejarah di kebun ku.hahaha...
sini dh semak tau..dh setahun tak p. jd hari minggu baru ni,p la..kne la tebas sume lalang dan semak.adui..banyak tul..sakit pinggang den.huhu..mjur parang ader 3. may pn join. ok la skit...nanti bln 6 nak suruh abg ja lak p.hahahaha...
jgn lupe ek...mea dan wish skali jln..p tebas semak.




kami pn sempat bakar la sampah.bagi clear skit..sedap mata memandang.


keadaan dh abih menebas.tengok..clear woo..lpas ni babi pn mesti dh tak brani masuk cni..sbb dh x semak.lembu tak berani jamin la..sbb pagar dh bocor la..dh tak sempat baiki..


keadaan dh clear..hasil kat cni banyak gak dpt..baru ni dpt buah kepet,buah nyior.
dan tak lama lagi agaknya rambutan lak.sbb baru ni dh berputik dh.maybe sebulan lagi berbuahla rambutan tu..kat banggol mmg banyak rambutan tau..


yang ni pulak kiteorang pnggil terapoh padang.mmg pelik panggilan kan?sume kebun kiteorg.jarak adalah 300meter antara 2 tempat tu..dulu mase arwah ayah ader kat cni banyak pisang tau..dulu siap jual lagi..mmg kebun pisang. sekarang..adui..x de pun org nk berbakti pada tanah.dh setahun tak p, semak giler kat cni..kami tebas la lbih kurang je..


oleh sebab dh letih tebas semak kat banggol.tenagapun dh bnyak abih..kami stop.bersih skit je kat terapoh padang.lpas ni nk ajak sape2 lak yg balik kampung.. hahaha...abg ja ciap ye..hahaha..asah parang dr penang pn takpe..akakakaka...

Thursday, May 21, 2009

joomla pulak?


fuh!cbuk tul minggu nih..minggu ni kene buat lagi 1 website dan 1 lagi blog.
business..business..company punya pasal..kne la.kali ni aku kne blajar pkai joomla lak.kejap je blajar.ok la.dh setle install ke server.sekarang nk manage lak. masalah aku ni malas nk bace je.hahaha...ape punya masalah dh.sbb tutorial byak bi.kalo bm ok la,x sakit mata sangat.haha..ni pn dh setle masuk server ok la.dh banyak la tu bacenya.hehe..website ni mmg bos nak cepat...adui..mati aku.camne pn mujur ader geng aku support gak.geng praktikal kat-mashitah and fadlilah.nampaknya minggu ni berasap lagi la kepala aku..yang sistem contact umno tak spenuhnya lagi ciap..dah masuk yang baru.huhu...report camne la kali ni..baru ciap skit..Bujet nak ciap nih.nampaknya lambat gak la camni..huhu




Monday, May 18, 2009

sistem lagi..


semalam aku dapat sistem baru untuk buat lagi...huhu..sebenarnya ubah sistem asal aku untuk tambahan kepada website nih.sekarang still ngah develope lagi..terpaksa la aku tengok coding giler2 seminggu ni.huhu..nak ciapkan cepat katenya.bila la nak abih praktikum ye..huhu..aku dh bosan dah.kalo dapat income seronok gak.adui...
masalah...masalah...moga rezeki abih praktikum nanti mendatang dengan banyak...hehe.
chayok..chayok...


Sunday, May 17, 2009

Kebun mak Teh dan Seekor Burung

2 hari lepas hj.ismail dh bersihkan kebun m.teh.kasi licin...jadi dah terang la sekarang kat situ..pikir -pikir bagus gak.bersih sikit area tu..sekarang tepi kanan dan kiri umah dah terang.kawasan hj.ismail tu dia nk buat bangsal katenya..
mungkin bangsal kayu kedai hardware dia kot..

pandangan sisi umah gue..hehe..area dalam bersih beb!luar je..cam semak.hoho..
umah warne pink!jambu tul...


hal ni pulak mengenai seekor burung.aku pun x pasti burung ape nih.dia tengah ran' telur kat laman umah aku.yang peliknya dia x lari tau..walaupun aku datang dekat.
dia buat duk situ je kat bawah pokok rambutan.

tengok gambar nih,aku ngan burung tu sekaki je.dia tak lari pun..korang tau ke ape nama burung nih?aku dh tanye dia ..tp dia tak jawab.adui..aku pun tanye mak bapak ader lagi tak?duk sini dh mintak kebenaran lum?dia senyap je..bisu ke malas nak cakap.dalam hati aku..mesti tak de mood nih,tengok aku kcau dia..ish2..
korang tau ke ape nama burung nih?

Thursday, May 14, 2009

Suse Linux


Dah 2 Hari aku tak post berita baru dlm blog.rasa tak kene lak.hehe..aku busy sikit 2 hari ni kene terlibat dalam kursus suse linux. kene jadi videoman untuk kursus linux tu..leh la aku blajar sekali.alang-alang menyelam minum la air sekali.hehe..bukan senang nak belajar linux tau..aku je bernasib baik budak praktikal kat company aku.sekarang tau la macam mana nak kendalikan linux.Tenaga pengajar kursus tu company kitaorang jemput dari UDM.


sebenarnya kursus ni dibuat untuk staff suruhanjaya perkhidmatan negeri Terengganu.kursus ni untuk diorang la.alang-alang dah buat staff sini pun masuk la jgak. sepanjang kursus 2 hari save jugak la duit aku..haha..sbb makan kat Hotel tu..
sedap.nyam..nyam..

inilah Hotel tempat kejadian.

aku memang lepak belakang senang nak rakam pelajaran.hehe..dalam 2 hari ni aku memang balik lewat.malam baru sapa umah.huhu..sebab persiapan pasang pc dan network.
wayar network kena buat semula.sebab semua pc harus ada internet.

peserta yang ada pun bukannya ramai...dalam 11 orang je.hahaha..
sikit-sikit baru ader kualiti.x gitu?

Monday, May 11, 2009

program bersamamu


Masuk semalam dah 2 bulan aku masuk kem wataniah. Aktiviti semalam adalah berbentuk kemasyarakatan. Kawasan yang terlibat adalah area alur limbat. Anggota seramai lebih kurang 40 orang telah dikerah bagi membantu masyarakat disana yang kurang bernasib baik. Antara aktiviti yang dijalankan adalah membaiki rumah mereka-menyediakan dapur dan bilik air baru, mengecat umah, membersihkan laman dan sebagainya. Segala kos dan keperluan adalah dibiayai oleh adun dikawasan berkenaan. Aktiviti ini dijalan kan secara bersama dengan anggota masyarakat kampong disana. Aktiviti dilakukan adalah berbentuk gotong-royong.Program bersamamu ini juga mendapat perhatian daripada RTM TV1 dan akhbar Sinar Harian.


Jika diikutkan memang banyak kerja yang harus dilakukan bagi menaik semula taraf rumah mangsa. Sungguhpun masa yang diberi untuk kami hanya setengah hari kerana terikat dengan waktu latihan tetapi mutu kerja yang ditujukkan sungguh memberangsangkan.Tahniah diucapkan Rejimen askar Wataniah 512 Batalion 1.


jentera berat juga terlibat dalam kerja merobohkan dapur serta tandas.Robohan ini bagi membina keperluan dapur serta tandas yang baru.


Gambaran hadapan rumah.anggota sibuk mengecat rumah.


Gambaran sisi rumah.


kerja berpasukan.semangat bantu-membantu diutamakan dalam urusan. kerja memindahkan batu dari bahagian hadapan ke bhagian belakang.


Lef. Nazarudin menunjukkan skill mengikat batu..cam gambar posing lak kan? aku pun pelik..haha..sory,Tuan!

Anggota membancuh simen bagi membuat dapur baru.Maaf la deh,gambaran siap tak dapat tunjuk sbb tak sempat amik gambar..hehe..

Thursday, May 7, 2009

Hari minggu latihan macam biasa


posting ni x de pape..menyatakan aku tak keje esok dan lusa(jumaat dan sabtu). memang jumaat dan sabtu adalah hari minggu bagi terengganu darul iman.bye.wsalam..


dan (7-8/5/2009)esok serta lusa juga..aku macam biasa mempunyai latihan di 512RAW.
nak p perang lak.berkhidmat untuk negara.
kalo korang tak de keje p la join mane-mane wataniah ok.busuk-busuk pun dapat la RM48.00 sehari tau kalo korang rekrute.dapat la tambah duit poket korang.

sistem oh sistem


UUuuuuuuuu...kepala aku dah berasap..adui,sistem-sistem.lum ciap lagi nih..dah abih pikir dah..huhu..nape la ragam manusia ni pelbagai.kehendak dan kemahuan juga berbeza. itulah sebab sistem aku pun jadi fleksibel.ada 10% lagi tak ciap. masalah macamana nak create business card aje lagi..huhu..lain-lain dah ok rasanya.

pada pendapat korang macamana ye nk solve the problem!


a-adakah aku harus kecikkan fungtion utk sistem ni?
b-adakah aku harus buat tak tau jaa...
c-adakah aku harus terus buat report dan hentikan buat sistem
d-semua aku buat.


aaaAAAAAAAAarrrrr...tensioNNNNN!

Wednesday, May 6, 2009

jom layan..

Hari ni aku sambung buat sistem.huhu...kene buat cepat dah.tak ley main-main.hehe..
nak abih cepat kan?..macamana pun aku harus terbaik.sambil buat sistem,aku layan la lagu nih!sesuai tuk korang juga..kalo buat sistem.hehe...jom layan.




p/s: layan tak?

Tuesday, May 5, 2009

hai motorku...



hari ni aku terpaksa sampai lewat ke tempat praktikum.huhu...tayar motor lak bocor.adui..mujur ada pam kat umah.leh la bg spare angin untuk sampai ke workshop. alang-alang dah sapa workshop aku tukar la skali minyak hitam..lama tak service kan..
nanti susah lak..kalo tau naik je.hoho..

p/s: nanti pak cik kayo pak cik nak beli kereto plok.haha..


aku nak beli kereta camni,masalah tayar bocor dah tak de dah..tahan beb!

Monday, May 4, 2009

masa dah tak lama..


haiyaa..cepat tul masa berlalu.hari ni dah 6hb mei.aku ada masa dah kurang sebulan dah nak ciapkan projek aku ngan report sekali.huhu..dah rase tekanan dah..camne ni.. camne ni...report lum buat.nampaknya masa betul2 tak suka aku..kalo mcm ni aku perlu cepat ciapkan semua.perancangan awal mesti disiapkan sebelum bulan ini. draf pada penyelia pun lum diemail.huhu...bermula hari ini aku harus cepat.tidak boleh berlengah lagi..



perancangan harus dibuat dengan teliti.

p/s: kepada member-member seangkatan korang dah mula ke?aku rasa cam aku gak kan? hahaha..dah..dah..jom buat report.


Sunday, May 3, 2009

pertandingan menembak m-16

untuk latihan bulan ni,ada latihan menembak lak sterusnya buat pertandingan sekali. acara berlangsung di lapang sasar uitm dungun.untuk pertandingan kali ni diadakan pertandingan antara kompeni. wlaupun kompeni aku kalah,x kisah la..hehe..sbb anak buah tak ramai yang datang.aku lak masuk team pegawai.fuh,lama gak tak menembak..camne pun best gak la.sbb dpt jaringan ke-2 tinggi dalam ranking pegawai.hehe..ok la tu kan?
seingat aku,last menembak masa ditauliahkan dulu di ukm,bangi.tu pun sbb aku masuk team merentas halangan buat latihan.jadi ada la part menembak dalam jarak 50 meter kalo tak silap. yang semalam punya rasanya 100 meter.

suasana menembak

aspek keselamatan harus diutamakan.jurulatih sentiasa pantau tindakan rekruite. hal ini kerana peluru yang digunakan adalah peluru betul.jika tersilap langkah, buruk padahnya.


antara hadiah yang disediakan.sebenarnya ada satu lagi hamper yang besar,aku x sempat amik gambar.hehe..

upacara pembahagian hadiah.mereka ditempatkan kompeni masing-masing.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin