menceritakan tentang hidup ini memang penuh dengan liku-liku yang mencabar.Walaubagaimanapun kita harus sentiasa bersedia agar kemakmuran dan keamanan bumi kita sentiasa berada dalam keadaan baik.keperluan duniawi dan akhiratwi juga harus bergerak seiring supaya nilai yang ada dan akan datang dapat diberkati oleh-Nya yang maha perkasa.
kartun widget
Friday, August 3, 2012
website baru lagi..
Thursday, August 2, 2012
Salam Ramadhan
Monday, June 25, 2012
Bilik & Parking
sebenarnya tengah plan nak beli tv dan econ. tggu rezeki lebih baru beli..=)
orang len bukan men lagi bersusun..ayoo...
Tuesday, June 5, 2012
Mujur ada Dia..♥♥♥
Arinie aku stress tul..sbb kena ciapkan report utk satu pengukuran prestasi. pengukuran prestasi for what x ley la citer sbb banyak trkandung perkara-perkara rahsia.hehe..sory noh! so dr pagi duk mengadap laptop je disamping cari bukti dan perkara penambahbaikkan.. sampai ke library cari bahan.fuh! tension ble x jumpa.. kalo jumpa x la terasa sgt.. selepas cari dan tanya pd pegawai senior baru la nampak jln sikit..so, leh la jln..huhuhu. balik lewat arini tu pn lum ciap.. esok dah nak present. lagi haru..hoho.. dugaan..
balik bilik jer, lepas solat aku spt rutin biasa pasti membuka laptop yg byk brjasa. eh, dh bape umor ko laptop? hihi..lantas jari aku mngira..2004..2005..bla..bla..2012! hah! dh 9 tahun. still ok. hehe.. bagus(kene selalu puji tau~ baru ok selalu +ve thinking!)oh, sambung balik.. ble aku bukak laptop terus je on9.
Website pertama yang aku bukak adalah yahoo & fbook. oleh sbb hari ni langsung x sempat bukak email..kat bilik aku mbalas sgalanya. hihi.. kat fbook pula.. si dia ada upload foto masa majlis pertunangan bln lepas. lepas tgok ..sume masalah hilang.hihi.. ("dalam hati...mujur ada dia" hihi..ten Q)
Monday, June 4, 2012
Booster

Sajer nak kongsi dengan korang.. Aku dh pakai benda ni bulan lepas..bgus kalo korang nk try! sebenarnya aku beli sebab nk dpatkan coverage wifi maklum la opis aku mmg ada access point tapi jauh dengan department aku. so, benda ni sedikit sebanyak membantu dpatkan coverage kuat.hihi..disamping aku jadikan ia access point. jadi staff aku pn leh tumpang dpt internet skali.. kalo korang advand, benda ni juga leh membantu korang dapatkan password wireless yang ada di persekitaran anda. x kisah la dia pakai WEP atau WPA. jadi leh tumpang wireless jiran anda. selamat memcuba. aku dh try mmg dpt hack.. tapi kalo nk hack WEP aku syorkan pakai Beini. kalo WPA pakai Back Track.
Sunday, May 27, 2012
permulaan episod baru
Thursday, April 12, 2012
kosong
aku mesti kuat memandang ke hadapan. perjalanan masih jauh. teringat kata jurulatih aku dlu semasa tamat latihan kadet. selepas ni...KORANG MCM PENYU.. AKAN BERENANG KE LAUT DAN JALANI HIDUP DENGAN TABAH. BANYAK BAHAYA DAN ANCAMAN DISEKELILING, JADI BERWASPADA LA... kata2 tersebut masih aku ingat. terima kasih byk pd course mom kap 23/10.
sebenarnya aku pn tak tau nape aku tulis benda ni.. tapi layan je la.aku suka buat sesuatu ikut prasaan kadang2..hihi..demi kepuasan. =)
Monday, March 19, 2012
coretan wus
untuk minggu ini, aku akan bercuti lg then terus masuk course selama 2 bln di kem paya jaras. jadi dikesempatan balik semenanjung banyak perancangan harus diatur supaya liku2 hidup dpt berjln dgn lancar. nampaknya tahun ini byk perubahan yg berlaku..
oh,ya...wus pn ikut skali balik smnanjung. tetapi nek kapal laut la..nek kapal torbang mahal sgt.. pening kepala gak pikir psal transport nih.. akhirnya buat keputusan buat balik wus then nanti bawa balik motor je kt kuching.lg senang kn? bumi kenyalang tempat simpan duit dan smenanjung tempat buang duit.hahaha...harga bw balik wus ke smenanjung dah menjangkau rm2200. fuh! mujur da emt.jd langsai trus..lepas ni wus tinggal jer kt banting.nanti da tugas sementara ke senang skit bgerak..tul x?
Tuesday, January 3, 2012
salam 2012
setiap tahun azam aku sentiasa ingin berjaya. untuk fasa kerjaya alhamdulillah..aku bersyukur seadaNya. kini untuk 2012 aku berazam inginkan kebahagiaan.hehe..hati da taman jugak..ayoo.. biasala kan..normal person. hihihik..jd doakan aku semua ek..aminn...
Friday, December 30, 2011
10 Petanda Dia Jodoh Kita
Tuesday, December 20, 2011
Hornbill

Pada 17 & 18 baru-baru ini aku baru shj dtg melawat ke Hangar Hornbill skyways, Lapangan Terbang Antarabangsa kuching kerana disana diadakan sambutan 100 tahun Penerbangan Di Malaysia Peringkat negeri sarawak anjuran Jabatan Penerbangan Malaysia Wilayah III Sarawak. Banyak Pameran dan Info2 mengenai penerbangan dipamerkan.
Sambutan ini juga disertai oleh Base kuching yang mana bagi memperkenalkan Pangkalan kepada pihak umum disamping memberi peluang kepada pihak awam mengetahui lebih dekat tugas dan tanggungjawab anggota TUDM melalui pameran peralatan dan pesawat yang terdapat di PU Kuching.

pameran pesawat nuri banyak mendapat perhatian lawatan oleh orang ramai.

Pesawat bomba yang kira agak moden oleh malaysia Airport Kuching yang digunakan bagi mencegah kecelakaan di sekitar Lapangan Terbang. kat dalam lagi canggih tau..sume nak jalan tekan butan je..

Ini antara pesawat lain tutut dipamerkan oleh agensi seperti polis, hornbill dll. sesi lawatan ini juga mempunyai kelebihan tersendiri apabila pengunjung yang datang diberikan cabutan bertuah yang mana siapa yang terpilih/bertuah boleh menaiki helikopter hornbill selama 15 minit melawat ruang angkasa sekitar kuching.

ini alatan yang sempat aku snap. barangan ini sebenarnya berada di ruang pameran polis. ini antara barangan yang dirampas semasa sesi check in/out oleh pengguna kapal terbang. dashyat gak yang sanggup bw nek kapal...bahaya boleh mengancam keselamatan.
Thursday, December 15, 2011
Kenaikan Gaji Askar (ATM) Diperinci – Tiada Perang Tak Wajar Naik Gaji?
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau sendiri telah berbincang dengan Ketua Pengarah JPA, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah untuk memperincikan tentang pelarasan gaji tentera, supaya sekurang-kurangnya sama dengan Polis Diraja Malaysia mengikut pangkat.
“Tetapi sebenarnya jika mengikut Perlembagaan Malaysia, skim perkhidmatan ATM hendaklah berada di atas lain-lain perkhidmatan.
“Asas itu yang saya pegang walaupun ada yang pertikaikan tak perlu ada kenaikan gaji, kononnya askar banyak berehat dan tak berperang. Jadi, adakah perlu perang dulu baru nak naik gaji,” katanya. KOSMO
Isu kenaikan gaji ATM tidak wajar naik oleh sebab tiada perang rasanya tidak wajar untuk digunakan. Ini kerana bagi pendapat saya, apabila ada menurunkan cop 10 jari dan memegang BAT C 10 bermakna menyerahkan hidup kepada ATM. Cuti adalah ihsan, bermakna pada ketika cuti anggota boleh dipanggil pada bila-bila masa jika perlu. Adakah berbaloi dengan gaji 2,3 ribu sebulan dengan menyerahkan hidup pada angkatan tentera sedangkan anda sedang berseronok dengan keluarga dirumah? Pada pendapat saya, hanya gaji yang mampu untuk menarik rakyat Malaysia menyertai angkatan tentera dan sejumlah kecil sebab utama kerana semangat patriotik untuk membela tanah air tercinta. Walaupun, gaji menjadi motif utama menyertai angkatan tentera tetapi semangat patriotik akan dipupuk ketika menjalani latihan dengan ATM kemudiannya. Kita dapat lihat kurangnya bukan bumitera menyertai ATM terutamanya dari kaum Cina. Pada andaian saya, kerana kebanyakan kaum cina lebih gemar untuk berniaga dan mereka sememangnya menguasai perniagaan di Malaysia dimana sangat berbeza dengan orang melayu yang lebih gemar untuk makan gaji. Jika anda masih mahu mempertikaikan isu kenaikan gaji ATM, mungkin anda boleh menjadi kadet selama 4 tahun, jalani latihan sepertimana mereka jalani. Kemudian anda boleh nilai adakah berbaloi dengan gaji sekarang??? p/s : penulis tidak bersetuju banyak perkara dengan ATM tetapi menghargai jasa mereka yang memegang BAT C 10 sumber: http://Selangor2u/blog
Sunday, December 11, 2011
weekend

setiap kali hujung minggu pasti aku benggong memikir "apa aku nak buat yer..?" dah hampir 5 bulan dibumi kenyalang seolah dah terasa boring.huhu...apa la nak jadi...Biasa rutin weekend adalah men boling(sekitar riverside) dan tgok wayang (sekitar the spring-shoping complex sekitar bandar kuching). hanya the spring aku rasa mudah dan selesa. len2 tempat ntah..x syok sgt. inilah dugaan duk diperantauan kan?hehe..
minggu ni aku banyak duk mess tengok tv, men pool, mkn...tu je. hehe...free kan? jd kita gunakan semaksima mungkin. kalo kuar slalu pn abis duit gak...kan?
bln dpn aku cuti..lambatnya rasanya..dah x sabar. tu la bab kata pepatah "hujan emas dinegeri org, hujan batu dinegeri sendiri , elok lagi dinegeri sndiri..."
Wednesday, December 7, 2011
Mana Hebat?

Tiga orang Jeneral dunia dari Jepun, Jerman dan Indonesia sedang bertanding keberanian tentaranya dan untuk membuktikannya masing-masing jeneral memerintahkan salah seorang askarnya untuk mengikuti arahannya.
Jeneral Jepun : Askar maju sini
Askar Jepun : Siap Jenerak
Jeneral Jepun : Tangkap peluru yang saya tembakan ke tubuh kamu
Askar Jepun : Siap Jeneral
Peluru langsung ditembakan dan kerana jaraknya terlalu dekat maka si Askar tidak dapat menangkapnya dan langsung mati. Si jeneral dengan bangga mengatakan,
Jeneral Jepun : Lihat Askar saya sangat berani dan bersiap sedia untuk mati.
Jeneral Jerman berang dan berkata,
Jeneral Jerman : Askar maju sini
Askar Jerman : Siap jeneral
Jeneral Jerman : Tangkap peluru dari RPG yang saya tembak
Askar Jerman : Siap Jeneral
Peluru meluncur cepat dan Askar yang menangkap hancur berantakan
Si Jeneral sangat bangga dan memberitahu,
Jeneral Jerman : Askar saya lebih berani bahkan untuk menangkap bom RPG.
Dan sampai pula giliran Indonesia,
Jeneral Indonesia : Askar maju sini
Askar Indonesia : Siap Jeneral
Jeneral Indonesia : Seberangi ladang periuk api dengan berlari cepat
Askar Indonesia : Tidak mau Jeneral !
Jendral Indonesia : Seberangi cepat !!
Askar Indonesia : Tak mau Jeneral !
Sampai kali kelapan Jeneral memerintahkan askarnya, namun tetap di tolak. Lalu Si Jeneral berkata,
Jenaral Indonesia : Lihat Askar saya yang paling berani. Arahan Jeneral langsung dia tak ikut.
p/s: saja bagi release tension.wa tau luu tension....jom..gelakkk..hahaha
Sumber: Lawak Today
Seafood

Bab kata orang rezeki yang datang jangan ditolak.hehe..semalam aku dpt jemputan dr kontraktor office aku datang makan seafood di topstop.di sarawak topspot antara tempat famous dengan makanan beraneka seafood. makanan memang sedap. datang je.janji bawa duit banyak.hikhik.. sebab kos memang leh tahan tapi depend la pada makanan apa yang korang pilih..

Makanan dari laut memang macam2..korang leh datang pilih. yang pelik2 pun ada.. kat cni kebanyakkan kedai cina. tapi tukang masak melayu..kena tengok kedai jugak la..
Fuh..sedap.lupe nak amik gambar makanan yang ciap dimasak..
Monday, December 5, 2011
Seriken
Semalam oleh sebab tak tau nak buat apa, aku ter-joint la senior mes p seriken. lagipun sepanjang duk cni masih lum pergi. dianggarkan perjalanan mengambil masa selama 1 Hour. seriken adalah sempadan antara sarawak dan indonesia-kalimantan. barang yang diniagakan disini adalah barangan seperti kraf tangan, makanan, baju, dan macam-macam la. kalo kat semenanjung pasar seperti ini lebih kurang sama dengan padang besar, bukit kayu hitam. cuma di seriken lebih kecil sedikit.
kalo nak dibandingkan harga, aku rasa x de la murah sangat2.. biasa je.. kekadang mahal gak. ayo..kalo nak membeli disini aku rasa perlu pandai tawar menawar.. kalo ada pribumi sarawak bawak sekali..hihik..
Wednesday, November 30, 2011
Plan Bercuti

Perancangan yang dirancang telah ditetapkan. aku telah memutuskan 16/1/12-31/1/12 aku balik bercuti di kampung. wah..lama betul rasanya x balik. tiket pon dh booking. semalam juga aku dh buat permohonan bercuti. sebenarnya cuti aku banyak lagi..sebelum ni pun mana pernah cuti.. dah 2 tahun tak cuti..dashyat tu..harapkan weekend. hikhik.. cuti tahunan da 30 hari lagi. ballance cuti tahunan 2010 hanya boleh dibawa 15 hari sahaja. rugi la tahun lepas x cuti..huhu..nak buat camne, kepentingan perkhidmatan harus diutamakan "service before self".
plan ni juga disebabkan ada adik beradikku yg len bercuti. kalo ramai ada kat kampung, baru seronok kan? kalo sorang x seronok la..x berbaloi kos yang ditanggung.
Jadual perjalanan dari Kuch- kL & Return
Jadual Perjalanan dari kL - Trgnu & Return
nampaknya kalo cuti 2 minggu di semenanjung, elaun malaysia timur akan hangus..huhu.. kerana emt hanya dibayar pada kakitangan kerajaan yang menghulurkan khidmatnya di bumi sabah/sarawak. hampir rm300+ aku rugi woo kalo 15 hari..ayo.. hehe.tp x kisah la..janji wa dpt balik kg...yahoo...
Tuesday, November 29, 2011
Berkelah di Hujung minggu

Semalam cuti awal muharam menandakan kita telah masuk tahun baru islam 1433H. sedar x sedar tu la kenyataannya..sekejap je kan? masa berlalu mmg cepAT jer.. begitu juga aku, banyak perubahan berlaku. kerjaya pun makin stabil.rezeki alhamdulillah...ader je. duk di bumi kenyalang memang agak jauh dari smenanjung. jadi keluarga disini hanya kawan-kawan. oleh kerana hujung minggu mempunyai cuti 3 hari, kami plan satu perkelahan di kawasan air terjun berhampiran matang. dalam 30 minit kot.

inilah permandangan dari atas..best gak mandi. lama x jumpa air terjun..hikhik. permandangan ni mcm skodeng je kan?ayoo.. tp air dia sgt la sejuk.. mandi lama pun masih terasa...

ni tengah bakar ayam dan sosej.. sibuk menghidupkan api. walaupun kekangan pada masa tersebut hujan tapi itu tidak mematahkan semangat kami.. anggota yang datang terdiri dari anggota bujang dan berkahwin. yang bujang hanya 5 orang dan berkahwin 2 orang yang mana mereka datang bersama anak2 sekali.. ramai-ramai meriah..

peace your..
Tuesday, November 22, 2011
Bahaya Komputer Riba pd Lelaki
"Naiknya suhu pada skrotum cukup untuk menyebabkan perubahan pada parameter sperma," tegas Dr Yefim Sheynkin, seorang pakar Urologi di State University of New York, di Stony Brook, Amerika Syarikat. Menurut Dr. Sheynkin, agak sukar untuk meramalkan berapa lama komputer riba dapat digunakan secara selamat, ini kerana suhu testikel akan naik tidak berapa lama setelah komputer riba dinyalakan. Kajian ini dimuat pada jurnal of Human Reproduction.
Monday, November 21, 2011
Masa Lapang

rasanya dh lama tak update blog..skrang aku da 2 blog tau. satu update yg airforce kuching (kenyalangterbang.blogspot.com)dan satu lagi yg nie..ayo...kedudukan aku di kuching makin stabil.dh kurang halangan2.. jd relek skit.. masalah pn hanya fikir di office.
jadi setiap hujung minggu harus difikirkan perkara apa perlu dilakukan.. susah jugak kan? hehe..
ye la..takkan nak tidu je..x elok jugak. setakat di kuching aku dan kwn2 plan p memancing, tengok wayang, jalan2,tgok live band... tu je la kot..setiap minggu. hoho..

Ni tengah memacing udang dekat stutong. dalam 20 minit kot.. memancing dalam kolam.hehe.. nak memancing kat sg sarawak dapat benda len susah..

udang galah tu..nyam2..









