kartun widget

Thursday, December 15, 2011

Kenaikan Gaji Askar (ATM) Diperinci – Tiada Perang Tak Wajar Naik Gaji?


KUALA TERENGGANU – Kementerian Pertahanan telah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung pelarasan skim gaji Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau sendiri telah berbincang dengan Ketua Pengarah JPA, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah untuk memperincikan tentang pelarasan gaji tentera, supaya sekurang-kurangnya sama dengan Polis Diraja Malaysia mengikut pangkat.

“Tetapi sebenarnya jika mengikut Perlembagaan Malaysia, skim perkhidmatan ATM hendaklah berada di atas lain-lain perkhidmatan.

“Asas itu yang saya pegang walaupun ada yang pertikaikan tak perlu ada kenaikan gaji, kononnya askar banyak berehat dan tak berperang. Jadi, adakah perlu perang dulu baru nak naik gaji,” katanya. KOSMO

Isu kenaikan gaji ATM tidak wajar naik oleh sebab tiada perang rasanya tidak wajar untuk digunakan. Ini kerana bagi pendapat saya, apabila ada menurunkan cop 10 jari dan memegang BAT C 10 bermakna menyerahkan hidup kepada ATM.

Cuti adalah ihsan, bermakna pada ketika cuti anggota boleh dipanggil pada bila-bila masa jika perlu.

Adakah berbaloi dengan gaji 2,3 ribu sebulan dengan menyerahkan hidup pada angkatan tentera sedangkan anda sedang berseronok dengan keluarga dirumah?

Pada pendapat saya, hanya gaji yang mampu untuk menarik rakyat Malaysia menyertai angkatan tentera dan sejumlah kecil sebab utama kerana semangat patriotik untuk membela tanah air tercinta.

Walaupun, gaji menjadi motif utama menyertai angkatan tentera tetapi semangat patriotik akan dipupuk ketika menjalani latihan dengan ATM kemudiannya.

Kita dapat lihat kurangnya bukan bumitera menyertai ATM terutamanya dari kaum Cina. Pada andaian saya, kerana kebanyakan kaum cina lebih gemar untuk berniaga dan mereka sememangnya menguasai perniagaan di Malaysia dimana sangat berbeza dengan orang melayu yang lebih gemar untuk makan gaji.

Jika anda masih mahu mempertikaikan isu kenaikan gaji ATM, mungkin anda boleh menjadi kadet selama 4 tahun, jalani latihan sepertimana mereka jalani. Kemudian anda boleh nilai adakah berbaloi dengan gaji sekarang???

p/s : penulis tidak bersetuju banyak perkara dengan ATM tetapi menghargai jasa mereka yang memegang BAT C 10

sumber: http://Selangor2u/blog

p/s: tahun 2012 bermulanya skim gaji baru. dah nampak banyak peningkatan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin