menceritakan tentang hidup ini memang penuh dengan liku-liku yang mencabar.Walaubagaimanapun kita harus sentiasa bersedia agar kemakmuran dan keamanan bumi kita sentiasa berada dalam keadaan baik.keperluan duniawi dan akhiratwi juga harus bergerak seiring supaya nilai yang ada dan akan datang dapat diberkati oleh-Nya yang maha perkasa.
kartun widget
Tuesday, December 20, 2011
Hornbill
Pada 17 & 18 baru-baru ini aku baru shj dtg melawat ke Hangar Hornbill skyways, Lapangan Terbang Antarabangsa kuching kerana disana diadakan sambutan 100 tahun Penerbangan Di Malaysia Peringkat negeri sarawak anjuran Jabatan Penerbangan Malaysia Wilayah III Sarawak. Banyak Pameran dan Info2 mengenai penerbangan dipamerkan.
Sambutan ini juga disertai oleh Base kuching yang mana bagi memperkenalkan Pangkalan kepada pihak umum disamping memberi peluang kepada pihak awam mengetahui lebih dekat tugas dan tanggungjawab anggota TUDM melalui pameran peralatan dan pesawat yang terdapat di PU Kuching.
pameran pesawat nuri banyak mendapat perhatian lawatan oleh orang ramai.
Pesawat bomba yang kira agak moden oleh malaysia Airport Kuching yang digunakan bagi mencegah kecelakaan di sekitar Lapangan Terbang. kat dalam lagi canggih tau..sume nak jalan tekan butan je..
Ini antara pesawat lain tutut dipamerkan oleh agensi seperti polis, hornbill dll. sesi lawatan ini juga mempunyai kelebihan tersendiri apabila pengunjung yang datang diberikan cabutan bertuah yang mana siapa yang terpilih/bertuah boleh menaiki helikopter hornbill selama 15 minit melawat ruang angkasa sekitar kuching.
ini alatan yang sempat aku snap. barangan ini sebenarnya berada di ruang pameran polis. ini antara barangan yang dirampas semasa sesi check in/out oleh pengguna kapal terbang. dashyat gak yang sanggup bw nek kapal...bahaya boleh mengancam keselamatan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment