menceritakan tentang hidup ini memang penuh dengan liku-liku yang mencabar.Walaubagaimanapun kita harus sentiasa bersedia agar kemakmuran dan keamanan bumi kita sentiasa berada dalam keadaan baik.keperluan duniawi dan akhiratwi juga harus bergerak seiring supaya nilai yang ada dan akan datang dapat diberkati oleh-Nya yang maha perkasa.
kartun widget
Wednesday, April 13, 2011
Misi WHX
Elok jer 2 org duk belakang skali..sempoi. kete wus nih dh seminggu aku tggal di penang. bagi org penang jln2.ahaks...
kat penang sempat la jumpa anak sudaraku.lama x jumpa diorang.last jumpa masa nak amik whx pd bln 12 tahun lepas..skrang dh ok dah.ramah sgt..slalu ajak main kan awish & mea. Hjung minggu ni pak pu dtg lg orait.nanti kiter men lagi...masa pic ni diambil masa kitaorg p jln2 nek WUS.... bg rasa skit kete baru kan..hikhik..
Ni plak Whx.wajah baru...cantik x?dh berkilat tau..Kt base aku mmg parking tempat berbumbung.jd berkilau la slalu..
Yang ni pandangan dari sisi belakang ...
Whx ni aku dh tinted tau..cermin pn dh ok. (gelap x cermin? hehe..)maybe esok atau lusa nk tukar tayar lak. sbb tayar dpn mmg dh haus giler. hjung minggu ni nak p penang lagi antar whx. jadi jln jauh lbih selamat tayar pn ok. maybe aku bertolak hari sabtu pagi sbb jumaat dh event bowling peringkat Plpl. aku lak jd Ajk jd bz la skit..hehe..orait.jumpa nanti di sana..
Friday, April 1, 2011
SuMAtiF 1
nie semua skot aku kat cni..ader kapt & Lt tudm. exam sama jer..sbb kursus sama.ok.
Tuesday, March 22, 2011
Plpl life
Saturday, January 1, 2011
Coretan awal tahun 2011
dah 3 minggu di subang rasanya dah banyak liku-liku susah senang berada disini. orientasi mess dah nak abih.tinggal untuk malam boogie night je iaitu hujung minggu ini. tak sabar rasanya nak abiskan. lepas ni dah leh bebas.. yahooo....ble dah jadi ahli mess leh la relek sikit, bebas...
sempena tahun baru ini juga, aku dah beli kereta baru. Runding punya runding hari rabu kemungkinan leh dapat. adoi lambat giler..boring aku tunggu. sebenarnya aku berniat nak antar kereta tu ke penang sebab rasa bersalah lak merosakkan kereta wira kpunyaan abgku..huhu.
kereta tu rosak dan sedang dalam proses pembaikian di bengkel.
Saturday, October 16, 2010
bulan 10 ???
aku sebenarnya amat bersyukur pada tuhan kerana sepanjang menjalani kursus aku masih belum lapor sakit kerana latihan. walaupun aktiviti teruk sekali pun aku masih gagah melangkah.. berbanding dengan skotku pada ketika ini bayangkan 12 orang lapor sakit..hanya tinggal 20 orang yang masih semangat dan kuat.hehe..ble start jer hari latihan pasti ada yang melapor sakit..
aku pun tak pasti, teruk sangat kah latihan? maybe mental ngan latihan merentas halangan kot..
sebab kat sana fizikal & mental perlu kuat.huhu..mujur aku ok jer..syukur pada tuhan.
walaupun badan dah lebam2 .Itu tidak mematahkan semangat aku kerana itu adalah adap yang mesti ditempuh jua..aku berharap bulan 10 ini berakhir dengan cepat supaya hidup aku aman sentosa.hehe...
Program Jiwa Murni
Seramai 32 orang pelatih Kursus Asas Pegawai (KAP) Siri 23/2010 dari Pusat Latihan Pegawai (PLP) Kolej Tentera Udara (KTU) mendapat peluang berinteraksi dengan masyarakat setempat dengan melibatkan diri di dalam aktiviti kemasyarakatan di bawah Program Jiwa Murni di Rumah Anak Yatim Darul Aitam Wal Masakin Tunku Abdul Rahman (DATAR).
Antara program yang dilaksanakan adalah aktiviti gotong-royong membersihkan sekitar kawasan DATAR yang telah diwakafkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj; tontonan video klip TUDM; ucapan penghargaan dari Pegawai Memerintah PLP, Lt Kol Muhammad Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM dan juga AJK PERKIM Cawangan Alor Setar iaitu Tuan Haji Mohd Khorish serta diikuti dengan acara motivasi berkumpulan.
Seramai 70 orang anak yatim dan yatim piatu diberi peluang untuk beramah mesra dengan para pelatih KAP Siri 23/2010 di samping dapat mengenali TUDM secara lebih dekat. Para pelatih juga mengambil kesempatan ini dengan memberi kata nasihat serta perangsang kepada adik-adik supaya belajar bersungguh-sunguh demi menjadi insan yang berguna pada masyarakat.
Semoga usaha ini dapat membantu anak-anak DATAR untuk menetapkan halatuju mereka untuk mencapai cita-cita mereka. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pegawai Memerintah PLP di atas sokongan padu dan juga pihak DATAR di atas kerjasama yang diberikan sepanjang penganjuran aktiviti ini.
Dipetik Dari : www.airforce.gov.my
Thursday, September 9, 2010
salam Aidilfitri

Setelah kita berpuasa selama sebulan maka saat ditunggu-tunggu menjelang jua.. maka tahun nie dapat lah kita raikan aidilfitri dengan gembira.kan?
bagi aku beraya bersama family amat bermakna sebab hanya adik-beradik leh tumpang kasih. wlaupun mak ayah dah lama tak ada, aku sntiasa doakan mereka ditempatkan dikalangan orang2 beriman.ucapan al-fatihah buat kedua ibubapaku...
kepada korang aku amik peluang sempena bulan baik,hari baik memohon ampun dan maaf andai kata disepanjang perkenalan kita aku ada melakukan salah dan silap mana tau secara sedar atau tak..ok.raya nih,umah aku terbuka jer tuk korang..datang jer raya.hehe..
selamat hari raya semua.
Tuesday, August 31, 2010
Salam merdeka
alhamdulillah negara kita dah kecapi kemerdekaan yang ke-53. maknanya dh 53 tahun kita memerintah negara sendiri.
sepanjang 53 tahun ini apakah sumbangan anda pada negara?
mesti tergagak-gagak kan?
masing-masing sebenarnya semua ada sumbangan terhadap negara
cuma sedar tak sedar jer..dan yang mmg tak der fikir-fikirkanlah..
hayati dan renungkan..
selamat hari merdeka..
Sunday, August 22, 2010
Friday, August 13, 2010
Oblong?
Pernahkah saudara dan saudari merasai keenakkan oblong dibulan puasa??
urm..sungguh lazat.hehe..cam iklan lak kan?sebenarnya malam tadi makanan moreh kitaorang adalah oblong.aku bedal 2 oblong.haha...kenyang terus nak tidur..
sampai baris sahur pun lambat bangun.alarm bunyi jadi tak sedar..haha...dasyat2.. penangan oblong..
Tuesday, August 10, 2010
Salam Ramadhan 1431H
Kuharapkan Ramadhan Kali Ini Akan Lebih Bermakna Dari Ramadhan² Yang Lepas. Sesungguhnya Akan Kuhargai Ramadhan Ini Seperti Tiada Lagi Ramadhan Buatku. Semoga Iman & Takwa Dalam Diri Ini Dapat Ditingkatkan. Insya-Allah.
Kumohon Maaf Kepada Sesiapa Yang Belum Kutemui & Kupohon Maaf Lagi. Semoga Kalian Dapat Menjalankan Ibadah Puasa Kali Ini Dengan Hati Yang Tenang & Sabar..
Awal puasa tak dapat balik.huaaaaaa..Frust rasenya...
papehal jumpa Raya,OK.
Optimis Selalu.. :D=
Awal puasa x ley balik...nak p perang!haha..
Sunday, August 8, 2010
Nafsu dan Akal???
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."
Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."
Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.
Wallahualam..
p/s: diharap sempena bulan ramadhan yang bakal menjelang marilah kita sama-sama mendekatkan diri kepada Allah.Gunakan Akal dan jangan sesekali gunakan nafsu.
Happy Hour
sebenarnya happy hour ni kadet yang plan.budak2 aku-kap layan je la.dah terpaksa..
nanti tak join kata besar kepala lak..
kalo tengok suasana malam tadi tak meriah sangat,jurulatih dan pegawai yang datang bape kerat je..walaupun makanan yang dihidang banyak.menu kali ni ade lain sikit dan special la sebab ade orang bakar sate.tu je sumber penarik kot,ok gak,lama tak merasa kan?dah lama dalam hutan mana ade sume nih..hihik..
Saturday, August 7, 2010
malas outing?
petang ni duk umah men internet je-layan blogger & facebook.kalo dAh boring terus tidur.haha..tenang je harinie..tak ader tekanan..damai..
website intake22 terkubur?
website intake22.ning.com dianggarkan dapat bertahan 2 tahun setengah.lama gak tuh..
aku create ruangan website tu khas untuk budak2 skuad aku geng palapes darat uum intake ke 22.banyak kami habiskan masa disitu demi meningkatkan semangat setiakawan dan keeratan kami.nampaknya sekarang pihak domain dah buat plan baru dimana kami perlu memilih plan yang diberi atau keluar dari domainnya.walaupun banyak perkara2 yang disembang disitu termasuk gambar,muzik,video ..aku terpaksa lupakan sebab masalah duit.
kalo nak hitung bukan mahal sangat pun kan? tp kemudian hari..em...masalah gak.
tempat untuk bersua dalam ruangan internet nih kan banyak.
jadi penyelesaian yang aku buat,aku dh create group tuk diorang khas untuk intake22 palapes uum.sebab masing2 ramai ade facebook.jadi ok la gak kan?free lak tuh..
ok.semoga laman baru terus bersinar dan dapat sambutan dari budak skuad aku..
laman baru di ruangan facebook.
Thursday, July 15, 2010
Road Relay
Mulai 16hbt Julai hingga 19 Julai,aku sangat bz dengan kehidupanku.huhu...banyak sangat kerja didalam kepala lum setle.sekarang tarikh tu ada sukan 3 penjuru diantara udara,darat dan laut. pertandingan yang diwakili adalah bola sepak,hoki,bola keranjang, bola tampar dan road relay.aku tak tau camne..nama aku leh ade lak dalam road relay.huhu..aku dah la bz..adoii ya..dah la sukan ni aku jd ajk peralatan. banyak benda nak setup.pastu ahli persembahan..last jd runner lak tuk road relay..
untuk skuad aku pnya psal..aku join gak.berharap segala correction action akan tamat.
lepas ni tak payah pakai baju kawad lagi dan fsmo ble makan mlm dan waktu rokol.hehe..
doakan aku sume k..bye.
Wednesday, June 30, 2010
exam persuratan tentera

esok merupakan exam ketiga aku disini iaitu paper persuratan tentera. secara umumnya paper ni,susah gak sbb ia adalah informasi yang baru kerana dalam persuratan tentera amat berbeza dengan awam lebih-lebih lagi dari segi format.kaedah, kod , nama samaran menjadikan format lebih difficult.walaubagaimanapun, aku akan berusaha..hehe.
study je la..jalan penyelesaiannya.kan?
doakan aku semua...ok.bye.
p/s: sebenarnya minggu ini bz sesangat sebab sibuk dengan persiapan event penerimaan watikah dan persiapan untuk event k2(Latihan menembak pistol & styer), wira muda(pandu arah), wira tahan(pertahanan pangkalan/kubu) dan sukan 3 penjuru. tak taulah bile leh cuti..maybe puasa la kalo camni..huhu..
Wednesday, June 23, 2010
makan besar lagi (abg Nie & Kak La)
pengembalian aku ke kampung baru-baru ini tidak dilepaskan dengan meluangkan masa bersama ahli keluargaku. jutaan ribuan terima kasih pd abg sulungku yang berada dr Dungun sanggup pulang ke rumah pusaka demi kasih syg pd adik adik..hehe..
sbenarnya abg nie baru shj pulang dr KL brcuti bersama keluarganya.dengar je aku call cakap balik kampung bercuti maka dia pun balik..aku begitu terharu..
oleh sbb gaji pertamaku ,aku mmg dah niat nak belanja sume ahli keluarga..jadi aku tunaikan buat kali ke-2 kpd ahli yg belum merasa gaji aku..
petang itu,kami keluar mencari kedai.lokasinya di dpn masjid terapung.Restoran Norazila kalo tak silap.masakannya nice..sbb smua order abg nie yg apply.aku nak bayar je..hihik..(ini adalah keluarga abg Nie).
Tidak lupa juga aku pun call akak keduaku kak La yang berada di chendering sanggup pulang dan makan bersama.sayang skali abg iparku tak dapat datang kerana kursus.
kepada yang len yang belum terasa gajiku buat surat ok.nanti aku putuskan ble kita nak makan lagi..hahahha..
kerabu sotong..paling lazat..urmmM...
Thursday, June 17, 2010
cuti weekend

berita mengejutkan tiba-tiba gempar.semua pelatih di Ktu harus pulang bagi mengelak penularan wabak iLi.skuad aku sndiri sangkut 6 orang dan telah dikuarantinkan dan yang lain telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.oleh kerana waktu dilepaskan agak lewat,jadi aku telah terlepas bas untuk balik ke kampung.dah tak tau nak p mana, lepas makan terus cari hotel sekitar shahab perdana dan terus tidur.
keesokan baru berkemas dan cari tiket.dari kedah p terengganu waktu siang hari memang problem sebab memang bas ekspres tiada.jadi aku buat keputusan naik 2 bas iaitu balik ke kota bharu then cari bas kedua balik ke terengganu.
fuhhh! penat beb!
p/s: aku cuti sampai hari isnin.yahoooo...













