Seramai 32 orang pelatih Kursus Asas Pegawai (KAP) Siri 23/2010 dari Pusat Latihan Pegawai (PLP) Kolej Tentera Udara (KTU) mendapat peluang berinteraksi dengan masyarakat setempat dengan melibatkan diri di dalam aktiviti kemasyarakatan di bawah Program Jiwa Murni di Rumah Anak Yatim Darul Aitam Wal Masakin Tunku Abdul Rahman (DATAR).
Antara program yang dilaksanakan adalah aktiviti gotong-royong membersihkan sekitar kawasan DATAR yang telah diwakafkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj; tontonan video klip TUDM; ucapan penghargaan dari Pegawai Memerintah PLP, Lt Kol Muhammad Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM dan juga AJK PERKIM Cawangan Alor Setar iaitu Tuan Haji Mohd Khorish serta diikuti dengan acara motivasi berkumpulan.
Seramai 70 orang anak yatim dan yatim piatu diberi peluang untuk beramah mesra dengan para pelatih KAP Siri 23/2010 di samping dapat mengenali TUDM secara lebih dekat. Para pelatih juga mengambil kesempatan ini dengan memberi kata nasihat serta perangsang kepada adik-adik supaya belajar bersungguh-sunguh demi menjadi insan yang berguna pada masyarakat.
Semoga usaha ini dapat membantu anak-anak DATAR untuk menetapkan halatuju mereka untuk mencapai cita-cita mereka. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pegawai Memerintah PLP di atas sokongan padu dan juga pihak DATAR di atas kerjasama yang diberikan sepanjang penganjuran aktiviti ini.
Dipetik Dari : www.airforce.gov.my
No comments:
Post a Comment