kartun widget

Sunday, August 7, 2011

kuching


tahukah anda dimana ini? tempat ini di kuching. hehe..nampaknya inilah tempat kerja baru aku.. abih je kursus di plpl dh kena posting di kuching. aku x kisah sgt..lgpn bile lg nk merantau tempat org kan? kalo harap p sajer2 mmg x p la..haha...tp jauh skit la..nampak cam raya ni x ley balik jer..huhu..puasa pn kat sana..hattoii...sadih2..

sebenarnya aku kat wisma transit ni masa post bulletin nih, lepak cni.amik satu bilik.free jer.. bilik konon standart hotel..tp x bersih sgt pn..em,boleh la..diharap di tempat keja baru mmberikan satu sinar baru..yg mana dpt mengutip seberapa byk pegalaman. sbb sesungguhnya dlm pekerjaan seperti aku,pengalaman amat penting.
aku pn x tau dh nak merepek apa..akhir kata selamat berpuasa semua..

Monday, August 1, 2011

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 2011


Berikut adalah jadual waktu Imsak dan berbuka puasa bagi begeri-begeri seluruh Malaysia bagi tahun 1432H/2011M. Maklumat dirujuk Di laman www.islam.gov.my


JOHOR


PERAK

SARAWAK

SABAH

TERENGGANU

KELANTAN

SELANGOR

Sunday, July 10, 2011

wus cedera


2 hari yang lepas dalam pukul 2300H masih teringat di fikiranku di saat-saat aku mengambil kawan di pandan indah...waktu tu persekitaran gelap sangat.lampu jalan mmg x de kot area situ.. aku mengundurkan kereta untuk menukar haluan. waktu itu, dibelakang aku sudah nampak satu kereta parking di sebelah kiri. jadi ruang masih banyak..waktu mengundurkan kereta yang memang perlahan itu..tiba2 GANG!! alamak didalam hati aku...terus aku turun tengokkan rear skirt..aduh, cam renggang..huhu..padahal perlahan yang teramat..langgar batu rupanya..patut sensor x bunyi..batu tu x tinggi..oleh sbb rear skirt aku rendah tu yang sangkut..tu yang melarat skit ke kiri body..tertariknya..alahai..kecian wus..

pagi tadi(ahad)aku dh try servey kedai utk baiki..tp banyak x bukak plak..em.. nanti la.perlu tgok esok lusa plak..ok.sabar wus..dugaan..tengok tu..dah calar kan...huhu...sadih aku..

tengok la effect dia..rear skirt yg langgar trus merebak..huhu..mujur x kemek. ini just pasang balik jer..

Saturday, July 9, 2011

ATM akan ambil alih jika darurat


Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengambil alih tugas menjaga keselamatan negara sekiranya perintah darurat dikeluarkan esok.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun berkata, ATM hanya akan bertindak sedemikian selepas pengumuman mengenainya diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Menurutnya, walaupun tugas menjaga keselamatan negara di bawah kuasa polis namun ATM boleh mengambil alih tugas itu atas perintah Yang di-Pertuan Agong.

"Justeru itu, kita berdoa agar tidak ada pengisytiharan darurat untuk tidak menyebabkan ATM menjalankan tugas sebagaimana yang dititahkan kelak,"

p/s: sbb tu aku kne kerja weekend nih...em..

sumber: http://beritasengsasi.blogspot.com/2011/07/atm-akan-ambil-alih-jika-darurat.html

Sunday, June 19, 2011

ke sg buluh..


weekend ni mmg aku x dpt kelulusan.jd terpaksa stay dkat mess jer. sebenarnya minggu dpn exam sumatif 4.jd minggu ni pakat study la..hehe. dh boring study, nak gak jln2..tul x? bg kurangkan stress. jd aku plan nk jumpa mak yam. beliau skrang mmg duk kat area puduraya stay ngan anaknya kerana nak jaga cucu. aku ingat nak p puduraya,last dpt tau mak yam p sg buloh umah anak dia lagi sorang (k.enom). jd aku p la mencari..dlm 45 minit sampai ler.. dh lama x jumpa mak yam sbenarnya..huhu. dpt jumpa leh la sembang dan bertanyakan khabar.. nanti bln 8 aku dh nk gerak dan posting ke kuching.jadi raya tahun ni 50-50 antara balik dan tidak balik..jd baik aku settle semua..huhu..jumpa org2 penting dlm hidup aku..hehe..

p/s: sory yer,lupe nak amik pic td..haha..

Tuesday, June 7, 2011

Mengenali Karekter Melalui Tandatangan


Semua orang tahu bahawa apapun yang kita tulis menunjukkan karakter kita, tak terkecuali tanda tangan. Namun tidak semua orang tahu bagaimana membaca karakter dari bentuk tanda tangan. Mari menambah sedikit ilmu pengatahuan

1. Satu Garis Di Bawah Tanda Tangan
Mempunyai keyakinan yang tinggi dan personaliti yang baik. Namun, bersifat kedekut. Mereka juga percaya kepada kebahagiaan dalam kehidupan manusia.

2. Dua Titik Di Bawah Tanda Tangan
Mereka boleh dikatakan berjiwa romantik. Mudah ganti pasangan seperti menukar baju. Memilih orang yang memiliki kecantikan dan mereka sendiri berusaha untuk kelihatan menarik dan mereka ini juga mudah menarik perhatian orang lain.

3. Satu Titik Di Bawah Tanda Tangan
Lebih cenderung kepada seni klasik serta perkara yang mudah dan tenang. Jika orang lain yang telah hilang kepercayaan kepada anda, anda tidak akan sesekali kembali kepada mereka dan ini menunjukkan mereka seorang yang tetap pendirian.

4. Tiada Garis atau Titik Di Bawah Tanda Tangan
Mereka ini selalu senang hidup dalam dunia sendiri dan mereka juga jarang mau mendengar pendapat orang lain.Mereka ini boleh di kategorikan sebagai pencinta alam tetapi mereka juga mempunyai sifat agak kedekut.

5. Tiada Persamaan Antara Nama dan Tanda Tangan
Maksudnya tanda tangan mereka tidak menonjolkan nama mereka. Golongan ini mencoba untuk kelihatan bergaya, suka menyembunyikan sesuatu. Mereka jarang untuk berterus terang tetapi mereka merupakan pendengar yang baik dan sentiasa memberi perhatian tentang apa yang orang lain sedang katakan.

6. Ada Persamaan Antara Nama dan Tanda Tangan
Mereka ini berkeinginan untuk menjadi bijak tetapi mereka tidak pernah berfikir. Mereka ini tidak konsisten, dan selalu menukar idea atau pandangan sendiri. Golongan ini tidak pernah berfikir baik buruk tentang sesuatu perkara. Biasanya, orang lain boleh mengambil hati mereka dengan hanya memuji.

7. Tanda Tangan dengan Huruf Yang Tidak Bersambung
Mereka ini sangat baik terhadap orang lain. Mempunyai hati yang baik, tidak mementingkan diri dan siap berkorban untuk kepentingan dan kebahagiaan orang yang disayangi. Tapi apabila terlalu banyak perkara yang mereka fikirkan, ini menyebabkan mereka akan cepat tersinggung.

8. Tanda Tangan yang Lengkap Seperti Nama
Mereka sangat baik hati dan boleh menyesuaikan diri dengan suasana apa saja dan siapa saja yang mereka temui. Golongan ini juga sangat teguh pendirian serta pendapat dan memiliki keinginan yang sangat kuat dalam mendapatkan sesuatu.

Sunday, May 29, 2011

Ricky simulasi


Hujung minggu baru ini aku terpaksa korbankan weekend aku kerana perlu buat tinjauan ke pulau perhentian terengganu. walaupun aku sendiri orang terengganu tp still lum sampai disini..hehe.. malu lak kan? mulanya aku susah nk pergi, tp ble fikir balik..demi utk pasukan terpaksa berkorban la..lgpun kt sana aku pun lum pergi. hanya kos makan, bot & penginapan je ditanggung sendiri. kos perjalanan menggunakan driver sendiri. jadi relek sikit la..sbb sume org bawa..just lepak kat belakang jer.hehe..

inilah toyota frontier yg bawa kami dari puchong-jeti pulau perhentian. urusan aku kesana just nak dapatkan maklumat jer mana resort cantik dan sesuai dijadikan simulasi kami pd bln depan.
simulasi tu adalah aktiviti akhir utk kursus kapm.

.
inilah 3 orang wakil yg datang buat ricky- dari kiri aku, kapt fahni n lt shah..

di atas bot- kos bot mahal sikit la rm70(pergi n balik..)dlm stengah jam gak la..kat pulau prhentian bg aku ada duit banyak bgus la pergi..sbb kat cni sume pakai duit. ayoo..

kos bot= rm 70.00
kos marin = rm5.00
kos bilik= rm 75.00 x 1 bilik
kos p long beach(special pulau)= rm 40.00(mlm)
kos makan sume triple dr daratan.. yg x ley aku bayang telur dadar disana rm7.00 ..hampeh.


bersantai di pantai..suasana pantai..indah n asyik ..hehe


mandi manda..

Friday, May 27, 2011

wajah baru wus


wus dah ada body kit sekarang tau..hehe. sebenarnya dah lama nak letak cuma duit jer slalu x sempat.susah gak kan?hehe..mujur bln ni masuk elaun baju istiadat dan duit rangsum. dapat la hampir rm2k. jadi bagi la kat wus ni sedikit..bg cantik.slebihnya saving. misi pemasangan body kit mesti diteruskan.aku dah servey 2 bln, banyak kedai menawarkan around rm1200-1300(abs). jenis ni bagus skit sbb ringan lagipun original dan perodua yg pasang. aku jumpa la kedai ni.. yg tawarannya dlm rm990. ("mesti dlm hati korang mahal gak kan? tp ni la aku jumpa paling murah yg jenis abs la..") tempahan aku lakukan dalam dua hari jugak la,then barang sampai terus pasang.


td baru basuh kereta..hehe.nampak bersih sikit.


dilihat dari belakang. sebenarnya kalo pasang body kit ni bagi aku nampak lebih kemas dan besar jer..sekarang kat base, kereta aku dh jadi tumpuan..cool. kat cni ada 2 alza. sume ada body kit.


inilah perodua petaling jaya. tempat pemasangan tempahan body kit aku..pasang kejap jer. dalam 40 minit. yang lamanya nak p dan masa balik..ayo, jem..sakit hati tul kalo memandu.


sebelum pemasangan dilihat dari depan..sempoi je kan?


mamat ni expert giler..pasang seorang jer.. katanya sehari dalam 5-6 kereta dia pasang.. bayangkan untungnya?

Thursday, May 26, 2011

Riadah - Daki Bukit Broga


Baru-baru ini aku ada buat aktiviti..sbenarnya minggu lepas.Oleh sbb bz sesangat.baru mlm ni boleh update..hehe.sory..aktiviti ini melibatkan skot dari kursus di Plpl kinrara. Oleh sbb belum ada aktiviti bersama sepanjang kursus just untuk hilangkan tekanan jadi kami plan satu aktiviti menarik iaitu mendaki bukit broga. Dengan ketinggian 390 meter, 1279 kaki atas aras laut, pemandangan cantik ini dapat kita daki dgn hanya 45 minit daripada Kuala Lumpur. Ianya terletak 5 minit drpd University of Nottingham kampus Semenyih. Pendakian mengambil masa 30 minit hingga satu jam. laluannya standart jer..nak cakap mencabar sgt, x de la..sbb aku tengok budak 5 tahun pun leh nek ok jer..hehe.

Amacam cantik x?

Perjalanan kami dari kinrara ke semenyeh mengambil masa 1 jam jugak la..sbb tak sure sgt jln mana nk follow.first la katakan..kami bergerak dalam 3 biji kereta.



kami memulakan perjalanan bertolak dari base pada 0430 pagi. sebelum subuh lagi tau..sbb plan nak tengok matahari terbit. memang cantik.rasanya x rugi dtg awal..cuaca mmg gelap, tp x risau la sbb touch light dr hphone kn ader.guna jer..


sebenarnya aku terkejut gak sbb walaupun we all dh dtg awal, masih ader ramai lagi yang datang awal dari kami.rupanya memang ramai naik bukit ni..x kira hari kerja atau cuti.. memang meriah..aku agak dalam 100 -150 orang gak nek bukit pada subuh tu..dan sempatlah aku solat di puncak bukit. dh stanby air mineral 2 botol.

Wednesday, April 13, 2011

Misi WHX


Minggu Lepas sbenarnya aku balik penang sebab perlu settlekan borang claim utk WHX. dh lama kereta tu kat bengkel..ntah apa2 la..huhu..jadi perjalanan ke sana mgambil masa dalam 3 jam jugak la campur jem kn..hehe..(sbenarnya jem tuh kt damansara sbb aku bertolak after duty-waktu tuh mmg waktu org balik kerja pn..huhu)sampai penang dalam kul 2230H. Nak cari umah a.jash nih pn hmpir sesat gak sbb silap amik lorong..tersilap msuk area umah genap.hikhik..melilau mata den nak cari..last jumpe jgak,alhamdulillah..

Elok jer 2 org duk belakang skali..sempoi. kete wus nih dh seminggu aku tggal di penang. bagi org penang jln2.ahaks...


kat penang sempat la jumpa anak sudaraku.lama x jumpa diorang.last jumpa masa nak amik whx pd bln 12 tahun lepas..skrang dh ok dah.ramah sgt..slalu ajak main kan awish & mea. Hjung minggu ni pak pu dtg lg orait.nanti kiter men lagi...masa pic ni diambil masa kitaorg p jln2 nek WUS.... bg rasa skit kete baru kan..hikhik..


Ni plak Whx.wajah baru...cantik x?dh berkilat tau..Kt base aku mmg parking tempat berbumbung.jd berkilau la slalu..


Yang ni pandangan dari sisi belakang ...


Whx ni aku dh tinted tau..cermin pn dh ok. (gelap x cermin? hehe..)maybe esok atau lusa nk tukar tayar lak. sbb tayar dpn mmg dh haus giler. hjung minggu ni nak p penang lagi antar whx. jadi jln jauh lbih selamat tayar pn ok. maybe aku bertolak hari sabtu pagi sbb jumaat dh event bowling peringkat Plpl. aku lak jd Ajk jd bz la skit..hehe..orait.jumpa nanti di sana..

Friday, April 1, 2011

SuMAtiF 1


detik demi detik dah 3 bulan aku kt Plpl. kat cni pun dah banyak belajar..jd dh sampai kene Exam. skuad aku kt cni da 13 orang jer. sempoi jer..dh bape mlm mcm x ckup tidor..study.hikhik.. study la sangat kan? tp kalo aku pikir, tidu di ambang exam lg tak tahan..mata nak tidur jer..haha.. pelik tul. stress kot ..em..ye la kan?..tp exam nie ok la. soalan boleh tahan..exam lak 2 hari- satu teori dan satu praktikal..


kawasan nie x ley bising tau..

ni la meja aku jwb exam..sedang menunggu soalan..sempat lg pose.hikhik


nie semua skot aku kat cni..ader kapt & Lt tudm. exam sama jer..sbb kursus sama.ok.

Tuesday, March 22, 2011

Plpl life



lama rasanya x update blog..table aku mcm penuh tp pdahal biasa jer..hahaha...kat cni banyak aktiviti biasa jer, just follow je. aritu derma darah kebetulan gambar kt atas..hehe.aku pn x trkecuali la kalo mnderma nih. masuk yg ni dh 6x mnderma tau..kalo tengok jdual kelas plak, hari2 kelas jer..ye la kan, nama pun kursus. fuh! lama x study ble mula balik..huhu berat btul. tetiba kena rajin baca buku, kena buat latihan..dugaan-dugaan. kalo ikutkan sekarang adalah waktu heaven sbb realiti releks. x de bebanan kerja.cuma study jer..tu cakap senior aku laa...sbb nanti kalo dh duk unit dpt post dh x ckup tgn nk kerja..haha..jd skrang aku pun layann je...ckup bln gaji cam biasa. hikhik.. best kan? kat cni juga banyak sukan kena joint.kalo petang tuh mmg bersukan je.. skrang dh mula belajar golf.hehe..nampak cam mudah tp susah gak.haha..sbb cara tuh kne betul. kalo x, bola kemana, kayu kemana...aku pun x tau dh nak merepek apa lagi...minggu dpn exam 1. so kena study la...chayok2...

ni time kami men bowling.leh dikatakan kami men bowling seminggu sekali. sume hebat2.hehe..


amik kedudukan..jauh bola nih pergi..perH!

Saturday, January 1, 2011

Coretan awal tahun 2011


salam dan selamat tahun baru untuk semua. 2011 diharapkan korang mempunyai azam dan semangat baru yang lebih baik daripada tahun sebelumnya. bagi aku, tahun baru ini adalah tahun untuk mendapatkan ilmu sebanyak mungkin kerana pada 16 Feb 2011 aku perlu hadiri kursus logistik selama 6 bulan di kinrara. wah..lama gak ek..jd cam student balik jer..hehe

dah 3 minggu di subang rasanya dah banyak liku-liku susah senang berada disini. orientasi mess dah nak abih.tinggal untuk malam boogie night je iaitu hujung minggu ini. tak sabar rasanya nak abiskan. lepas ni dah leh bebas.. yahooo....ble dah jadi ahli mess leh la relek sikit, bebas...


sempena tahun baru ini juga, aku dah beli kereta baru. Runding punya runding hari rabu kemungkinan leh dapat. adoi lambat giler..boring aku tunggu. sebenarnya aku berniat nak antar kereta tu ke penang sebab rasa bersalah lak merosakkan kereta wira kpunyaan abgku..huhu.
kereta tu rosak dan sedang dalam proses pembaikian di bengkel.





amacam cantik tak kereta wa?hehe...mesti korang tanya kan nape beli kereta besar? jawapanku mudah jer, pikir untuk jangka panjang.hehe..nanti nak family senang.haha..

Saturday, October 16, 2010

bulan 10 ???


Sejak akhir-akhir ini selepas jer balik cuti raya bebarapa minggu yang lalu, aku merasakan terlalu bz sangat.tekanan sentiasa berada pada 101 peratus.. hehe..hidup jadi tak menentu. maybe dah nak dekat passing out. biasanya kalo 3 bulan last macam-macam karenah akan dipermainkan bagi mewujudkan suasana baru yang boleh menyebabkan tak tenteram. rehat sentiasa tak cukup, aktiviti terlampau pack sangat sampai kekadang aku rasa dh mcm tak boleh..tp buat jugak bagi menampakkan kita berusaha buat dan bertindak mengikut perintah. kalo fikir badan memang penat bulan nie, tp pepatah askar mengatakan jgn dilayan penat nanti sume tak jadi..kita kene push, paksa baru leh buat.semangat kena sentiasa kuat.semuanya set pada mental.



aku sebenarnya amat bersyukur pada tuhan kerana sepanjang menjalani kursus aku masih belum lapor sakit kerana latihan. walaupun aktiviti teruk sekali pun aku masih gagah melangkah.. berbanding dengan skotku pada ketika ini bayangkan 12 orang lapor sakit..hanya tinggal 20 orang yang masih semangat dan kuat.hehe..ble start jer hari latihan pasti ada yang melapor sakit..
aku pun tak pasti, teruk sangat kah latihan? maybe mental ngan latihan merentas halangan kot..
sebab kat sana fizikal & mental perlu kuat.huhu..mujur aku ok jer..syukur pada tuhan.
walaupun badan dah lebam2 .Itu tidak mematahkan semangat aku kerana itu adalah adap yang mesti ditempuh jua..aku berharap bulan 10 ini berakhir dengan cepat supaya hidup aku aman sentosa.hehe...

Program Jiwa Murni




Seramai 32 orang pelatih Kursus Asas Pegawai (KAP) Siri 23/2010 dari Pusat Latihan Pegawai (PLP) Kolej Tentera Udara (KTU) mendapat peluang berinteraksi dengan masyarakat setempat dengan melibatkan diri di dalam aktiviti kemasyarakatan di bawah Program Jiwa Murni di Rumah Anak Yatim Darul Aitam Wal Masakin Tunku Abdul Rahman (DATAR).

Antara program yang dilaksanakan adalah aktiviti gotong-royong membersihkan sekitar kawasan DATAR yang telah diwakafkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj; tontonan video klip TUDM; ucapan penghargaan dari Pegawai Memerintah PLP, Lt Kol Muhammad Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM dan juga AJK PERKIM Cawangan Alor Setar iaitu Tuan Haji Mohd Khorish serta diikuti dengan acara motivasi berkumpulan.

Seramai 70 orang anak yatim dan yatim piatu diberi peluang untuk beramah mesra dengan para pelatih KAP Siri 23/2010 di samping dapat mengenali TUDM secara lebih dekat. Para pelatih juga mengambil kesempatan ini dengan memberi kata nasihat serta perangsang kepada adik-adik supaya belajar bersungguh-sunguh demi menjadi insan yang berguna pada masyarakat.

Semoga usaha ini dapat membantu anak-anak DATAR untuk menetapkan halatuju mereka untuk mencapai cita-cita mereka. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pegawai Memerintah PLP di atas sokongan padu dan juga pihak DATAR di atas kerjasama yang diberikan sepanjang penganjuran aktiviti ini.

Dipetik Dari : www.airforce.gov.my

Thursday, September 9, 2010

salam Aidilfitri


Setelah kita berpuasa selama sebulan maka saat ditunggu-tunggu menjelang jua.. maka tahun nie dapat lah kita raikan aidilfitri dengan gembira.kan?
bagi aku beraya bersama family amat bermakna sebab hanya adik-beradik leh tumpang kasih. wlaupun mak ayah dah lama tak ada, aku sntiasa doakan mereka ditempatkan dikalangan orang2 beriman.ucapan al-fatihah buat kedua ibubapaku...

kepada korang aku amik peluang sempena bulan baik,hari baik memohon ampun dan maaf andai kata disepanjang perkenalan kita aku ada melakukan salah dan silap mana tau secara sedar atau tak..ok.raya nih,umah aku terbuka jer tuk korang..datang jer raya.hehe..
selamat hari raya semua.

Tuesday, August 31, 2010

Salam merdeka




alhamdulillah negara kita dah kecapi kemerdekaan yang ke-53. maknanya dh 53 tahun kita memerintah negara sendiri.

sepanjang 53 tahun ini apakah sumbangan anda pada negara?
mesti tergagak-gagak kan?
masing-masing sebenarnya semua ada sumbangan terhadap negara
cuma sedar tak sedar jer..dan yang mmg tak der fikir-fikirkanlah..

hayati dan renungkan..
selamat hari merdeka..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin