kartun widget

Saturday, December 19, 2009

Bulan Muharam


Sungguh pantas masa berlalu. Tanpa disedari bulan Muharram kunjung tiba lagi. Tahun baru 1431 Hijriyah tahun ini mudah diingati kerana ketibaannya hampir serentak dengan tahun baru 2010 Masihi. Tanpa kita sedari juga sebenarnya usia kita semakin bertambah, rezeki kita juga semakin berkurangan, ajal semakin hampir dan kehidupan yang sebenar iaitu kehidupan akhirat juga semakin menghampiri kita.

Kehadiran bulan Muharram tahun ini sebaiknya kita mengambil manfaat sebaik mungkin kerana bulan ini mempunyai banyak kelebihannya. Sebab itu terdapat golongan yang ghairah beramal dalam bulan ini. Namun terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dalam beribadat dalam bulan ini. iaitu ;

1.Melakukan Perubahan ke Arah Kebaikan

Dengan kata lain kita juga hendaklah melakukan hijrah. Hijrah di sini dengan maksud berubah daripada melakukan kejahatan kepada kebaikan, daripada berakhlak buruk kepada berakhlak mulia dan daripada tidak bertakwa kepada bertakwa kepada Allah. Hijrah sebegini akan terus berkekalan sehingga hari kiamat. Sabda Nabi saw : “Orang yang melakukan hijrah yang sebenar ialah yang meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah”. ( Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).
Sambutan Ma’al Hijrah yang diadakan dengan penuh semangat dan pelbagai acara akan menjadi sia-sia dan tidak berfaedah sekiranya ia tidak disusuli dengan perubahan sikap dalam diri setiap individu muslim ke arah yang lebih baik.


2. Berpuasa Sunat

Bulan Muharram merupakan salah satu daripada bulan-bulan haram. Berpuasa pada bulan ini pada dasarnya dijanjikan dengan pahala yang besar. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : “Puasa yang paling utama selepas Ramadan ialah bulan Allah,Muharram dan solat yang paling utama selepas fardu ialah ialah solat malam”.(Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, Baihaqi, Ahmad)
Hadis ini dengan jelas menyatakan keutamaan berpuasa pada bulan Muharram berbanding bulan-bulan lain selain Ramadan. Hadis ini juga menjadi hujah bahawa kita digalakkan berpuasa sunatpada bulan Muharram lebih banyak berbanding bulan-bulan lain.

Puasa bulan Muharram lebih lagi digalakkan pada hari ’Asyura iaitu pada 10 Muharram. Puasa ‘Asyura ini pada asalnya adalah wajib. Kemudian menjadi sunat setelah puasa Ramadan difardukan sebagaimana sabda rasulullah saw hadis riwayat Muawiyah ra berkata : aku mendengar Nabi bersabda : Hari ini adalah hari ‘Asyura tidaklah wajib kamu berpuasa tetapi saya berpuasa. Maka sesiapa yang mahu ia boleh berpuasa dan sesiapa yang tidak mahu ia boleh berbuka. ( Imam al-Bukhari dan Muslim).

Galakan berpuasa pada hari ‘Asyura ini berdasarkan hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim bahawa Ibn Abbas berkata : “Aku tidak melihat Rasulullah saw mengutamakan hari puasa yang dilebihkan atas hari lain kecuali hari ini, iaitu hari ‘Asyura dan bulan Ramadan”.

Berpuasa pada hari tersebut juga akan mendapat keampunan dosa setahun yang lalu sebagaimana hadis riwayat Abu Qatadah berkata bahawa Baginda saw ditanya tentang puasa ‘Asyura. Baginda menjawab :”Ia menghapuskan (dosa) setahun yang lepas”.( Riwayat Imam Muslim).

Terdapat sebahagian ulama yang berpendapat puasa pada hari ‘Asyura ini hendaklah dilakukan bersama sehari sebelumnya iaitu dinamakan juga dengan hari Tasu’a (hari kesembilan). Ini berdasarkan hadis hadis Ibn Abbas ra : “Ketika Rasulullah saw berpuasa pada hari ‘Asyura dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa, mereka berkata:Wahai Rasulullah saw Sesungguhnya hari itu adalah hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi. Maka Nabi saw bersabda :”sekiranya aku masih hidup tahun hadapan, tentu aku akan berpuasa pada hari kesembilan”. ( Riwayat Imam Muslim)

Ada sebahagian golongan menyunatkan berpuasa pada hari 9,10,11 Muharram berdasarkan hadis Ibn Abbas : Hendaklah kamu perpuasa pada hari ‘Asyura dan hendaklah kamu menyalahi orang Yahudi padanya, berpuasalah sehari sebelum dan sehari selepasnya.

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Bayhaqi. Namun begitu hadis ini tidak boleh dijadikan hujjah untuk mensyariatkan sesuatu amalan kerana hadis itu adalah da’if lagi mungkar seperti yang dikatakan oleh Imam al-syaukaniy dalam Nayl al-Awtar. Al-Albaniy juga menghukum hadis itu da’if.

Oleh itu kita boleh memilih sama ada hendak berpuasa hanya pada hari ‘Asyura atau hendak berpuasa dua hari berturutan iaitu pada hari Tasu’a dan ‘Asyura. Kedua-dua cara ini mempunyai sandaran dalil masing-masing daripada hadis yang sahih. Seseorang itu juga boleh berpuasa pada hari-hari dalam bulan ini tanpa ditetapkan hari tertentu berdasarkan umum hadis keutamaan bulan Muharram berbanding bulan-bulan yang lain.

3. Puasa Khas 1 Muharram dan Sembilan awal Muharram

Walaupun bulan Muharram mempunyai banyak keutamaan, Namun diingatkan bahawa terdapat sangat banyak hadis tentang kelebihan beramal dalam bulam Muharram ini bertaraf palsu dan mungkar yang tidak boleh diamalkan sama sekali kerana sabda Rasulullah saw riwayat Imam al-Bukhari :” Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan bukan daripada perintah kami maka amalan itu tertolak
( tidak diterima”).

Selain daripada puasa yang disebutkan di atas tiada lagi puasa khas yang lain seperti puasa khas 1 Muharram atau puasa khas Sembilan hari awal Muharram. Amalan ini berdasarkan hadis palsu iaitu;

1) Nabi bersabda :” Barangsiapa yang berpuasa pada akhir Zulhijjah dan hari pertama Muharram maka tidak telah mengkhatamkan tahun yang lalu dan memulakan tahun baru dengan puasa yang Allah jadikannya penghapus dosa selama lima puluh tahun. Hadis ini dikomentar oleh Ibn al-Jauziy sebagai palsu( al-Maudu’at).
2) Nabi bersabda :”Barangsiapa yang berpuasa sembilan hari dari awal maka Allah membina untuknya sebuah kubah yang luasnya satu batu persegi dan mempunyai empat buah pintu”.
( palsu,lihat al-Maudu’at, al-Fawaid)

Terdapat juga golongan yang menyunatkan amalan-amalan khas pada hari ‘Asyura seperti mandi, bersuci, solat khas malam ‘Asyura, memotong kuku, memakai wangian, memakai celak, menziarahi orang sakit, bersedekah, membuat bubur ‘Asyura dan banyak lagi amalan-amalan lain. Semua amalan tersebut dijanjikan dengan ganjaran-ganjaran yang tidak masuk akal. Amalan-amalan tersebut dihukum oleh ulama muhaqqiq sebagai bid’ah kerana tiada sandaran dalil yang sahih dari Rasulullah saw dan para sahabat ra. Bahkan upacara tersebut mencermin amalan Yahudi, Nasrani dan orang Quraisy zaman jahiliah dan perayaan Syiah Rafidhah sesudah kedatangan Islam. Imam mUslim meriwayatkan dari Abu Musa al-Asy’ariy katanya :” Adalah penduduk Khaibar berpuasa pada hari ‘Asyura dan mereka menjadikannya sebagai hari raya serta mereka memakaikan wanita-wanita mereka dengan perhiasan dan pakaian yang cantik-cantik.

Amalan-amalan di atas juga tidak pernah disunatkan oleh mana-mana imam empat mazhab.

4. Memasak Bubur ‘Asyura

Memasak bubur ‘Asyura juga telah sinonim dengan bulan ini. Memasak bubur ini tidak menjadi masalah sekiranya seseorang itu berkeinginan untuk menjamu sanak saudara dan orang ramai. Menjamu makan merupakan amal soleh dan menepati ajaran al-Quran dan sunnah. Ia jadi masalah bila ditetapkan hanya pada bulan Muharram, tidak boleh pada bulan yang lain. Lebih teruk lagi bila amalan ini disandaran kepada Rasulullah saw. Perkara ini merupakan satu pendustaan atas nama Nami Muhammad saw. Ada juga yang menyandarkannya kepada Nabi Nuh as. Semua kisah tersebut adalah cerita dongeng Bani Israil. Demikian ditegaskan oleh Imam Ibn Kathir ra dalam kitabnya Qashas al-Anbiya’.

5. Doa Awal Tahun

Berdoa merupakan satu ibadat dan perintah Allah SWT berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud : Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya aku mustajab untuk kamu”.( Surah Ghafir ayat 60)
Begitu juga banyak hadis-hadis yang mendorong kita agar sentiasa berdoa. Sesiapa sahaja boleh berdoa pada awal Muharram dengan doa yang dikehendaki berdasarkan umum ayat al-Quran di atas. Mengadakan majlis khas dengan upacara khas dan dibaca doa khas pada awal tahun dan akhir tahun dengan anggapan akan dihapuskan dosa selama setahun perlukan dalil yang sahih daripada amalan Nabi saw atau para sahabat. Tapi ternyata tiada satu pun hadis Nabi saw atau atsar yang menunjukkan para sahabat mengamalkan doa khas Muharram. Mustahil akan ada hadis Nabi saw dalam perkara ini memandangkan penetapan tahun Hijriyyah ini ditentukan oleh Amir al-Mukminin Sayidina Umar bin al-Khattab ra iaitu setelah lama kewafatan Rasulullah saw.

Konklusinya, kita hendaklah berhati-hati dalam mengamalkan sesuatu amalan agar amalan kita sentiasa menepati sunnah Rasulullah saw. Beramal dengan hadis palsu dan hadis yang tidak sahih mengakibatkan amalan kita tidak diterima oleh Allah SWT. Alangkah beruntungnya seseorang yang kembali ke akhirat dalam keadaan amalannya yang diterima oleh Allah SWT dan alangkah malangnya seseorang yang mengadap Allah SWT, tiba-tiba mendapati amalannya ditolak. Fikir-fikirkanlah….

Rujukan utama : Kesempurnaan Ibadat Puasa ; Drs Abdul Ghani Azmi Hj Idris

Wednesday, November 25, 2009

Salam Aidiladha


salam buat semua...

seminggu nie aku mmg bz skit..hehe..xde masa sangat nk update blog..
balik keje letih la..huhu..sempena aidiladha nk menjelang ni,aku nk menyusun 10 jari ampun dan maaf andai kata ader melakukan salah dan silap pada korang sume tak kirala ter-sengaja ke,ter-taksengaja ke..hehe.
semoga ibadah korban dapat diterima oleh yang maha Esa.InsyaAllah..bye2..


p/s:aku x apply cuti pun raya korban nie..sbb cuti sebelum ni dh melebihi had.hehe..
jd aku berazam bln depan gaji aku mesti penuh.dah x yah potong gaji.hihik..

Saturday, November 14, 2009

Spark Elektrik

semalam aku kuar ngan may(abang aku nih), p jln2 pantai teluk ketapang.tetiba dikejutkan telefon mengatakan umah che ayu(umah nenek aku) cam da lintar pintas.
punya terkejut, trus balik pecut kereta.ingat dh terbakar umah..nasib baik just spark camtu je..tp kuar jugak la api tu..mmg risau tul. tepon TNB suh dtg..
nasib baik depa cepat dtg dh setle la..mujur tiada sebarang kecelakaan.alhamdulillah..

sebenarnya ni wayar sambungan ke umah belakang yang masih ada 2 buah umah..umah kampung kan,biasa la..dekat-dekat..


ucapan syabas pada TNB kerna tindakan pantas..


juruteknik sedang betulkan kerosakkan..

Rezeki

alhamdulillah..syukur ke hadrat ilahi..
berkat doa ahli keluarga dn kawan2..dpt gak jawatan GO(Graduan Officer) yang aku p interview selama 2 minggu. jd penolakkan kerja di tesdec sebagai pegawai eksekutif iT di sekolah pn tak sia-sia la..hehe.cuti yang diambil tak berbayar pn terbalas la..alhamdulillah.
setelah duk di kem desa pahlawan selama 2 minggu pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi meluluskan seseorang calon.persaingan cukup hebat kalo nak dikirakan. persediaan mental dan fizikal mmg penting.kalo tak memang balik awal.hoho..

kenanagan semua airforce yang dapat G.o. ni pn dlm 28 orang drp 90 lebih yg hadir..


kenangan semua G.O yang terpilih. tag hijau(airforce), biru(kagat) dan len-len doktor darat.gabungan ini seramai 50 orang shj.


suasana selepas lembaga akhir..ngah seronok.



pagi dan petang keje duk men je..suasana lepas main..penat beb!

Friday, October 30, 2009

Rezeki Datang Banyak Dugaan



salam pada semua..arini dh jumaat dh.besok lapor diri utk interview skim graduan ATM. mujur saing aku ada broadband..leh check internet jap.(thanks to Mr. Affan kerana bg tumpang tidu umah dia).persediaan utk esok biasa sahaje..hari ni, bertolak ke kelantan mintak tolong may (Abang aku) antar..
walaupun camtu, peluang banyak gak hilang. yg tesdec tu rupanya aku dpt job tu pegawai iT sekolah.aduh...dh call dh mintak tangguh x dapat gak..so,terpaksa la tolak. pada masa yg sama gak dpt interview dr Telekom Malaysia jd pgawai iT .yg ni pn tekpaksa lepaskan gak..
aduh..dua peluang melepas...askar punya pasal..
takpala kan..harap yang ni dapat.doakan aku semua..




p/s: aku interview 31hb - 14hb 11 2009.

Saturday, October 24, 2009

Ancaman umah

minggu lepas aku balik umah untuk mahu settlekan persiapan temuduga skim graduan ikhtisas ATM. banyak gak la benda nk setle antaranya x-ray(2 hari gak baru ciap sebab lambat tunggu laporan doktor pakar-HSNZ),surat sokongan sekolah, surat sokongan kem aku(512 RAW, Batalion 1).dalam kesibukan tu, 2 hari sebelum balik kL, terasa je nk tengok buku kat rak.fuh! terkejut betul banyak giler anai2..bahaya tul. kalo lambat sedar alamaknya umah tu hancur la..yang paling aku sedih kat rak buku tu..buku aku yang paling total lost sbb berada pada rak paling bawah.huhu..

ni la rak buku paling banyak buku..bhgian bawah kebanyakkan buku aku..huhu..

sampai rak bwh tv pn depa buat sarang..mujur almari ni masih leh guna

banyak tak anai2...ni dh mati dh..

gambaran serba sedikit..

tempat almari td..aku dh alihkan semua...

clear bhagian situ..

buku yg masih leh guna..

kesimpulanya rak buku 5 tingkat ni aku dh uang kat bwh umah...
haha..total lost.lagi hancur tau..dia serang sampai paras 3.

Tuesday, October 13, 2009

interview Latest!


semalam abih je balik keje, dpt mesej mengatakan aku dpt interview skim graduan ATM(G.O).aku isi online bulan lepas kot..interview akan diadakan 21 oktober sampai 4 november 2009 di kem desa pahlawan,kota bharu(semenanjung). lama tu..sesi interview.ble fikir2 takut gak sbb stamina dah lama tak de.huhu...duk office je.bz kan..skrang kalo nk p interview kne la bina semula stamina..balik keje kene jogging selalu.
sebenarnya aku masih berbelah bahagi dlm bidang ketenteraan ni..ye la nk masuk tetap kan,ingat nk memain je.haha.. camnepun skrang dh tak leh pilih kerja. aku harus tabah dan berani menyahut cabaran.haha..harap korang doakan aku berjaya k.



menyahut seruan pertiwi..sedia berkorban pada negara!

Sunday, October 11, 2009

konvokesyen..


sbenarnya citer ni dh seminggu berlalu..huhu..
bz punya pasal..tak dpt la update blog.namun, berita ini harus juga dimuatkan supaya semua peristiwa penting askarhijau tidak dilupakan.banyak peristiwa menarik berlaku pada minggu lepas sewaktu konvokesyen UUM kali ke-2.konvo ni tak banyak aku amik gambar,sbb hari kejadian abih keluar dewan hujan lebat.jadi tak amik la gambar.
aku just ajak family p library.jd ni la gambar yg ader bersama family.huhu..
gambar aku yg len2 ade pd kamera kawan2..weh, oDD, maa ble nk past gambar aku?
haha...

ble ade event besar scara tak langsung dapat la jumpa ngan kawan2..ye la kan,masing2 banyak dh keje dan bw haluan masing2.so, pada petang kami telah mengadakan sesi bermain boling.hehe..walaupun aku tak menang,tp ok la..haha..pada sebelah mlm lak,kami buat re-union. bakar sosej,ketam, bebola ikan, ikan keli(Hasil hakim memancing- 3ekor saiz 2kg setiap seekor).

pada konvokesyen aku lak,antara yg dpt hadir hanyalah 2 keluarga..utk mereka aku sewa la homestay bg mereka selesa.tak la susah nanti nk dtg,hehe..
masalah tempat bermalam dh tak de masalah.
suasana konvo aku rasa biasa shj, tak seperti masa tauliah palapes dulu..
kalo dulu raptai utk dewan sampai seminggu.just dlm dewan tu..yg ni, raptai pn tak de.haha..relek je.


p/s:kepada kawan2 terbabit yg konvo bersama aku,tahniah diucapkan.

Wednesday, September 23, 2009

raya kes!

selamat hari raya buat semua..


sempena bulan baik, hari baik aku pun tak nak ketinggalan mengucapkan salam aidilfitri buat semua.maaf zahir dan batin.kalo korang nk duit raya meh jumpe aku..banyak lagi ni..baru luak sikit..ahaks..



p/s: macam banyak je duit raya aku bujet kan?haha...pak cik baru dpt gaji..


Sunday, September 6, 2009

Interview pulak


pagi td,may tepon..ada surat kat umah mengatakan aku dpt interview tesdec. jawatan ni pegawai iT sekolah. oleh sebab interview diadakan pd hari khamis ini, jd minggu dpn start khamis kene la balik kampung.dh sebulan lebih tak balik ada di negeri orang.huhu..walaupun kat umah tak de orang tersimpan gak perasaan rindu.hehe..
cam jiwang lak..adoi..harap2 interview kali ni lepas la ye..
sama-sama doakan aku tau..kalo leh keje ni leh duk umah..
insyaAllah..


p/s:minggu nie kne mintak cuti khamis dan jumaat..

Draf Konvo


Akhirnya tarikh konvo keluar jugak.maka tarikh yang ditetapkan uum adalah 3-5 oktober.
konvo ni sesi kedua tau.aku pn dh tanya family aku, yg dpt ikut abg nie, abg jash dan adawiyah. baru nie gak,aku dh tanya hotel tp dh full..cari punya cari dpt la homestay.ok jugak homestay besar sikit lagipun ada 3 bilik.jaraknya pulak adalah 15 minit dr uum.aku pun dh buat bajet utk konvo.elaun drp wataniah masuk banyak bulan nie..mmg terlebih cukup la.jd masalah duit tak de masalah.konvo bg sidang aku adalah hari terakhir pada 5hb.(isnin),susah tul...dh la hari kerja.nampaknya kene cuti kerja banyak la.huhu..


dan pada majlis konvo ni jgak, skuad intake-22 palapes ARMY pun nk buat re-union. nie budak2 skuad aku. ramai dh yang tak tahan nk buat re-union.ye la..abih tauliah tahun lepas ramai yg terus bw haluan masing2..re-union yang dirancang adalah 2hb.
perancangan rapi masih dibincang dlm http://intake22.ning.com

aku pun dh bujet awal dh..bg tarikh pegambilan jubah konvo lak 29.9 dan juga 2.10.
tarikh nie pengambilan bg kos aku(BIT).oleh sbb semua dh ditetapkan..jd kne follow la..papepun nie adalah draf awal.tak taula nanti berubah..



kenangan detik tauliah.


p/s:skrang nk konvo lak...yahooo...dh nk konvo dh...

Saturday, September 5, 2009

ke PD lagi..


hujung minggu ni terpaksa p PD lagi.surat tamat pegajian dan tranksrip sementara dh sapa..dh lama aku tggu..sepatutnya minggu lepas lagi sampai cni.huhu...uum memang banyak main..hampir 2 minggu baru nak sampai surat tu..
aku nk apply GSTT lak.nk jadi cikgu.haha..susahnya nk keje...huhu..
borang pn lum isi.sbb baru dapat,ni pn member yg bgtau...tarikh tutup 9 september.
huhu..dh dekat dh..mujur aku duk putrajaya..rasenya leh antar on the spot.
keje skrang lagi banyak tekanan.skrang aku tak proses fail lagi..
sekarang kne buat akaun lak.fuh..pening main ngan angka dan nombor.
dh la basic x de.tu jadik payah tu...hahaha...
takpe belasah je...janji ciap.


p/s: harap Rezeki bertambah baik..amin.

Monday, August 31, 2009

happy Merdeka's Day


Merdeka..Merdeka..Merdeka..

cukup la 3x ye..janji semangat patriotik masih dlm diri.hehe..
tahun nie aku sambut merdeka kat umah je..hehe..
seperti 3 tahun lepas kalo dekat U, terpaksa la masuk baris
demi menyambut malam diambang kemerdekaan.tahun ni merdeka adalah juga bulan puasa,
jadi pakat puasa la ye..kepada housemate aku-edy, walaupun kene berbaris wakil jabatan perangkaan jgn buat x pose lak.baju batik free dh dpt..hahaha...
dan kepada semua warga Malaysia happy Merdeka's Day.

Merdeka!!

p/s: negara dh merdeka makin maju, hidup mesti mau maju maa...kijo..kijo..kijo..

Sunday, August 30, 2009

bercuti ke pd


minggu merdeka tahun ni jatuh hari isnin.jd dapatla cuti 3 hari terus..jd aku pn balik pd. jumpa ngan irfan, mimi n aishyah. men ngan depa ..dh lama tak jumpa diorang..
best gak la.irfan pn makin aktif dan tersenyum ja..haha..
semalam berbuka pose banyak sikit lauk..biase 1 lauk je kalo kat serdang.hehe..
sebenarnya aku dtg pd, nk amik surat transrip dan surat tamat pgajian aku. aku minta ngan uum dan sruh poskan ke alamat k.nor. sbb umah aku, takut x sapa. sbb umah kedai. risau hilang.lagipun serdang ngan pd x jauh pn. naik komuter 1 jam sapa la seremban. pastu nek bus. sapa la.tp uum lak banyak main, surat x sapa lagi rupanya lum pos.adui..nampaknya minggu dpn kne datang lagi cni amik surat tu..
aku nk try minta GSTT.nk ngajar lak jd cikgu.hehe..


Saturday, August 22, 2009

salam ramadhan..


salam buat semua...hari ini the first day pose.jd harap baik2 belake ye..
aku kat serdang macam biase.sahur pun tak de masalah.bangun still bangun.kami masak gak.lauk bujang je la.hehe...tak kisah la kan..
maybe bukak pose lak banyak di masjid la..senang nanti buat terawikh trus.lgpun jimat sikit..kan?tahun ni akan banyak berbuka pose di masjid putrajaya.nanti kalo masjid besi yang baru pun da bukak pose aku akan kesana juga.hehe...
masjid baru lagi di putrajaya.besar tau..k,la.dh tak tau nk cakap pe..
pasal raya pun dh beli tiket.baru ni dh mintak may beli..aku balik 18hb 9. tp ke kuantan dulu sbb adawiyah mintak teman dia naik kete sekali balik trganu. balik ke kL semula 28hb.leh la cuti seminggu.hoho..

rayo..rayo...rayo....


Tuesday, August 11, 2009

Keje Baru Aku..

salam buat semua..dh lama tak update blog.huhu..bz tul skrang.dh 2 minggu aku keje kt putrajaya.tekanan tul.ni dh lari dr bidang dh.selalu men komputer je.skrang komputer pn x de.huhu...duk kene proses fail je.
pikir sekali2 cam nk brenti je..susah ar...blajar benda baru.haha3..
tp ble pikir panjang kadang2 bagus gak.dpt pgetahuan baru.sebelum ni tak tau pun.
skrang ok la.leh la tau pasal proses pinjaman perumahan staf kerajaan.
aku proses fail lama.jd korang mmg aku tak leh tolong.haha3..manatau korang nk tanya pape..aku just proses fail start on 1975 until 2005.sbelum ni maklumat data banyak x dip[roses lagi dan belum dimasukkan dlm sistem.jd sbb tu peranan kami membantu disini.hoho..



ni la bangunan pejabat aku..biase je.ble pikir2 mcm x caye aku keje sini.hoho..


perjalanan ke pejabat.gempak jugak la sbb lalu ikut masjid putrajaya. dan pejabat aku pun bukan jauh sgt.semua deretan kementrian penting.




ni geng serumah aku.dr kiri Azrol(perangkaan putrajaya),Zulkinandy(perangkaan Serdang)aku(Kementrian Kewangan,BPP),Reduan(Jab.Perdana Menteri)

Tuesday, July 14, 2009

sepintas lalu E-Contact System


bahagian report praktikal aku dh setle 2 minggu lepas lagi..oleh kerana buzy sgt..
maka berita pending lama skit.hehehe...tp yg best nye..aku dh tanye penyelia aku yang semak report dan present sistem.usha dia bape markah dpt..
alhamdulillah mujur la..dia kate aku dpt A. jd berbaloi la.sbb proses buat report ni aku rasa dh lebih RM100++ duit aku dibelanjakan.walaupun ada gak my brother support duit skit2..hehe..




yang ni tepi sisi report.

main menu e-contact system

the detail information about contact

Tuesday, June 23, 2009

Seminggu Kat U


aku bz sgt minggu ni..td dh settle present sistem.fuh!dpt pujian. bgus katanya.
hehe..naik sikit saham aku..haha..tp draf report still kne baiki banyak. nampak merah je..hehe..banyak sentence je tak betul..aku baiki satu mlm ciap la ni..besok nk jilid lak.ni kos kat RM 30-40 gak nih..adui..duit lagi..em..mujur duit wataniah aku ader sikit..
kat uum aku lepak kat bilik Hakim Zainon.Rumate aku sem 4-6. duk free ok la..kan?
haa..sepatutnya aku juga ade interview hari ni di terengganu jawatan penolong pegawai Tadbir di JPJ. geram aku..dia call lambat, aku dah sapa kedah. takkan nak balik lagi.. kos dah la mahal. nak present lagi..huhu..tak de rezeki tul. td pun dia call lagi.. nak datang ke tak..aku rasa interview ni tak ramai kot..sbb dia dah menyenarai pendek..takpala kan? xde rezeki.mungkin da rezeki lain la tu..

macam manapun nak berjaya mesti la bersusah dulu..huhu..kene berusaha keras. dah abih setle report ..insyaAllah bulan 10 gred la.pakat mai UUM reramai noo...hehe..
adui kat 4 tahun baru nk dapat DEGREE?

Thursday, June 18, 2009

Hasil Praktikum?



Nampaknya praktikum aku dh tamat. 6 bulan beb!lama tu..huhu..
Start on 15 dec until 2008 until 15 june 2009.
Disini banyak gak pengalaman baru yang aku dapat lebih2 lagi
Bahagian teknikal. Ye la,kat cni tempak aku pun department teknikal.
Apa yang aku dapat mengenai praktikal di syarikat tu..?
Banyak gak cthnya Erti kerjasama, setiakawan, semangat tolong-menolong..macam2 la.
Staf kat situ sume ok. Baik sangat…department teknikal,account mahupun management.
Sume ok.
Kat sini,aku sedikit terkilan la, sebab sepanjang praktikal 6 bulan kat situ,
The ending end syarikat lansung tak hargai. Abih2 macam tu je..
Aku pun pelik. Adakah kerana orang melayu memang kedekut?
Mungkin aku rasa ni la yang dinamakan melayu. Bila kat atas jadi lupa diri.
Orang bawah pula merana. Mengarah macam-macam..semua nak perfect.
aku bukan nak mengungkit, tapi ni la kenyataannya.
Aku tak pertikaikan elaun tak bayar..tapi sekurangnya the last day, buatla jamuan ke
Apa…ni senyap camtu je..sijil penghargaan pun tak bagi..
Huhu..kecewa tul. .



Nak kata jasa sumbangan aku tak ada, fuh!aku rasa dh banyak…
Sume laman web aku yg developed. Sistem pun aku buat…tak tau la…
Kalo dh melayu tak ley tolong orang melayu susah la..kan?
Papepun selamat maju jaya kat aku.hehe…
Lepas ni nak buat apa ye..?nak keje apa?kne piker dah ni….


Sunday, June 14, 2009

Report


ni model SDLC.skrang aku amat bz ciapkan report.huhu...ble nk ciap nih...
dh 2 hari aku buat..lum gak ciap lagi..hehe...sabor je la...
aku pun dh jd SDLC gak..putar-putar mcm tenggiling2x..
dan hari ni aku dh present sistem buat kali ke-3.still ader komen gak.adui..
nk baiki sistem lagi..nk buat report lagi..nk buat website lagi..dh la ader 2 website..
huhuhu...



Thursday, June 11, 2009

pantai teluk ketapang



kelmarin kami pakat p makan ikan celup tepung..hoho..best..lama tak makan.
k.La yg dr marang pn join gak.hehe..ramai2 p pantai teluk ketapang.
sambil layan angin pantai pekena la ikan,sotong,pari dan keropok celup tepung.
walaupun harganya agak mahal..sekali sekala ok la.bkn aku yg bayar..hahaha..
org belanje sapu je..x elok tolak rezeki kan?hehe...nyam..nyam..

Lagi Gambar menarik dibawah..





Irfan duk gelak ja..


Lepak atas bumbung kete..amik angin katenya..


Sapa abih dimakannye..


Aisyah ngah cari air batu..


Best..meh la cube..


nyam..nyam..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin