kartun widget

Wednesday, November 30, 2011

Plan Bercuti


Perancangan yang dirancang telah ditetapkan. aku telah memutuskan 16/1/12-31/1/12 aku balik bercuti di kampung. wah..lama betul rasanya x balik. tiket pon dh booking. semalam juga aku dh buat permohonan bercuti. sebenarnya cuti aku banyak lagi..sebelum ni pun mana pernah cuti.. dah 2 tahun tak cuti..dashyat tu..harapkan weekend. hikhik.. cuti tahunan da 30 hari lagi. ballance cuti tahunan 2010 hanya boleh dibawa 15 hari sahaja. rugi la tahun lepas x cuti..huhu..nak buat camne, kepentingan perkhidmatan harus diutamakan "service before self".
plan ni juga disebabkan ada adik beradikku yg len bercuti. kalo ramai ada kat kampung, baru seronok kan? kalo sorang x seronok la..x berbaloi kos yang ditanggung.


Jadual perjalanan dari Kuch- kL & Return

Jadual Perjalanan dari kL - Trgnu & Return

nampaknya kalo cuti 2 minggu di semenanjung, elaun malaysia timur akan hangus..huhu.. kerana emt hanya dibayar pada kakitangan kerajaan yang menghulurkan khidmatnya di bumi sabah/sarawak. hampir rm300+ aku rugi woo kalo 15 hari..ayo.. hehe.tp x kisah la..janji wa dpt balik kg...yahoo...

Tuesday, November 29, 2011

Berkelah di Hujung minggu


Semalam cuti awal muharam menandakan kita telah masuk tahun baru islam 1433H. sedar x sedar tu la kenyataannya..sekejap je kan? masa berlalu mmg cepAT jer.. begitu juga aku, banyak perubahan berlaku. kerjaya pun makin stabil.rezeki alhamdulillah...ader je. duk di bumi kenyalang memang agak jauh dari smenanjung. jadi keluarga disini hanya kawan-kawan. oleh kerana hujung minggu mempunyai cuti 3 hari, kami plan satu perkelahan di kawasan air terjun berhampiran matang. dalam 30 minit kot.



inilah permandangan dari atas..best gak mandi. lama x jumpa air terjun..hikhik. permandangan ni mcm skodeng je kan?ayoo.. tp air dia sgt la sejuk.. mandi lama pun masih terasa...


ni tengah bakar ayam dan sosej.. sibuk menghidupkan api. walaupun kekangan pada masa tersebut hujan tapi itu tidak mematahkan semangat kami.. anggota yang datang terdiri dari anggota bujang dan berkahwin. yang bujang hanya 5 orang dan berkahwin 2 orang yang mana mereka datang bersama anak2 sekali.. ramai-ramai meriah..


peace your..

Tuesday, November 22, 2011

Bahaya Komputer Riba pd Lelaki


Pening juga kepala bila memikirkan bagaimana kemajuan teknologi yang dicipta untuk keselesaan hidup dapat membawa kesan negatif pada diri kita. Misalnya tentang penggunaan komputer riba yang dikatakan dapat menjejaskan kesuburan lelaki. Para penyelidik dalam hasil kajiannya telah menyarankan agar lelaki muda menjauhkan komputer riba daripada pangkuan mereka kerana ia dikatakan dapat menjadi punca kemandulan lelaki. Ini kerana komputer riba yang beroperasi dengan suhu tinggi dalam peranti canggihnya boleh membuat skrotum panas. Pemanasan berlebihan inilah yang dikatakan boleh menjejaskan kualiti dan kuantiti sperma.

"Naiknya suhu pada skrotum cukup untuk menyebabkan perubahan pada parameter sperma," tegas Dr Yefim Sheynkin, seorang pakar Urologi di State University of New York, di Stony Brook, Amerika Syarikat. Menurut Dr. Sheynkin, agak sukar untuk meramalkan berapa lama komputer riba dapat digunakan secara selamat, ini kerana suhu testikel akan naik tidak berapa lama setelah komputer riba dinyalakan. Kajian ini dimuat pada jurnal of Human Reproduction.

Sheynkin menyatakan bahawa lelaki dewasa dan remaja yang menggunakan komputer riba untuk jangka masa yang lama dalam sehari menghadapi risiko lebih besar. Beliau juga bimbang andainya penggunaan alat canggih ini tidak dikurangkan dalam masa 15-20 tahun akan datang, lelaki-lelaki bujang ini akan menghadapi masalah bila mereka sudah bersedia untuk membina keluarga kelak.

(Sumber: Majalah Mingguan Wanita)


Monday, November 21, 2011

Masa Lapang


rasanya dh lama tak update blog..skrang aku da 2 blog tau. satu update yg airforce kuching (kenyalangterbang.blogspot.com)dan satu lagi yg nie..ayo...kedudukan aku di kuching makin stabil.dh kurang halangan2.. jd relek skit.. masalah pn hanya fikir di office.
jadi setiap hujung minggu harus difikirkan perkara apa perlu dilakukan.. susah jugak kan? hehe..
ye la..takkan nak tidu je..x elok jugak. setakat di kuching aku dan kwn2 plan p memancing, tengok wayang, jalan2,tgok live band... tu je la kot..setiap minggu. hoho..

Ni tengah memacing udang dekat stutong. dalam 20 minit kot.. memancing dalam kolam.hehe.. nak memancing kat sg sarawak dapat benda len susah..

udang galah tu..nyam2..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin