kartun widget

Saturday, October 16, 2010

bulan 10 ???


Sejak akhir-akhir ini selepas jer balik cuti raya bebarapa minggu yang lalu, aku merasakan terlalu bz sangat.tekanan sentiasa berada pada 101 peratus.. hehe..hidup jadi tak menentu. maybe dah nak dekat passing out. biasanya kalo 3 bulan last macam-macam karenah akan dipermainkan bagi mewujudkan suasana baru yang boleh menyebabkan tak tenteram. rehat sentiasa tak cukup, aktiviti terlampau pack sangat sampai kekadang aku rasa dh mcm tak boleh..tp buat jugak bagi menampakkan kita berusaha buat dan bertindak mengikut perintah. kalo fikir badan memang penat bulan nie, tp pepatah askar mengatakan jgn dilayan penat nanti sume tak jadi..kita kene push, paksa baru leh buat.semangat kena sentiasa kuat.semuanya set pada mental.



aku sebenarnya amat bersyukur pada tuhan kerana sepanjang menjalani kursus aku masih belum lapor sakit kerana latihan. walaupun aktiviti teruk sekali pun aku masih gagah melangkah.. berbanding dengan skotku pada ketika ini bayangkan 12 orang lapor sakit..hanya tinggal 20 orang yang masih semangat dan kuat.hehe..ble start jer hari latihan pasti ada yang melapor sakit..
aku pun tak pasti, teruk sangat kah latihan? maybe mental ngan latihan merentas halangan kot..
sebab kat sana fizikal & mental perlu kuat.huhu..mujur aku ok jer..syukur pada tuhan.
walaupun badan dah lebam2 .Itu tidak mematahkan semangat aku kerana itu adalah adap yang mesti ditempuh jua..aku berharap bulan 10 ini berakhir dengan cepat supaya hidup aku aman sentosa.hehe...

Program Jiwa Murni




Seramai 32 orang pelatih Kursus Asas Pegawai (KAP) Siri 23/2010 dari Pusat Latihan Pegawai (PLP) Kolej Tentera Udara (KTU) mendapat peluang berinteraksi dengan masyarakat setempat dengan melibatkan diri di dalam aktiviti kemasyarakatan di bawah Program Jiwa Murni di Rumah Anak Yatim Darul Aitam Wal Masakin Tunku Abdul Rahman (DATAR).

Antara program yang dilaksanakan adalah aktiviti gotong-royong membersihkan sekitar kawasan DATAR yang telah diwakafkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj; tontonan video klip TUDM; ucapan penghargaan dari Pegawai Memerintah PLP, Lt Kol Muhammad Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM dan juga AJK PERKIM Cawangan Alor Setar iaitu Tuan Haji Mohd Khorish serta diikuti dengan acara motivasi berkumpulan.

Seramai 70 orang anak yatim dan yatim piatu diberi peluang untuk beramah mesra dengan para pelatih KAP Siri 23/2010 di samping dapat mengenali TUDM secara lebih dekat. Para pelatih juga mengambil kesempatan ini dengan memberi kata nasihat serta perangsang kepada adik-adik supaya belajar bersungguh-sunguh demi menjadi insan yang berguna pada masyarakat.

Semoga usaha ini dapat membantu anak-anak DATAR untuk menetapkan halatuju mereka untuk mencapai cita-cita mereka. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pegawai Memerintah PLP di atas sokongan padu dan juga pihak DATAR di atas kerjasama yang diberikan sepanjang penganjuran aktiviti ini.

Dipetik Dari : www.airforce.gov.my

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin