kartun widget

Tuesday, August 31, 2010

Salam merdeka




alhamdulillah negara kita dah kecapi kemerdekaan yang ke-53. maknanya dh 53 tahun kita memerintah negara sendiri.

sepanjang 53 tahun ini apakah sumbangan anda pada negara?
mesti tergagak-gagak kan?
masing-masing sebenarnya semua ada sumbangan terhadap negara
cuma sedar tak sedar jer..dan yang mmg tak der fikir-fikirkanlah..

hayati dan renungkan..
selamat hari merdeka..

Sunday, August 22, 2010

Balik kampung?


Tiket raya susah la tahun nie..nak jer p amik kunci buat balik umah..hehe
nanti senang nak p mana-mana? tul x? ngeh3x..

Friday, August 13, 2010

Oblong?



Pernahkah saudara dan saudari merasai keenakkan oblong dibulan puasa??
urm..sungguh lazat.hehe..cam iklan lak kan?sebenarnya malam tadi makanan moreh kitaorang adalah oblong.aku bedal 2 oblong.haha...kenyang terus nak tidur..
sampai baris sahur pun lambat bangun.alarm bunyi jadi tak sedar..haha...dasyat2.. penangan oblong..

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan 1431H


Kuharapkan Ramadhan Kali Ini Akan Lebih Bermakna Dari Ramadhan² Yang Lepas. Sesungguhnya Akan Kuhargai Ramadhan Ini Seperti Tiada Lagi Ramadhan Buatku. Semoga Iman & Takwa Dalam Diri Ini Dapat Ditingkatkan. Insya-Allah.

Kumohon Maaf Kepada Sesiapa Yang Belum Kutemui & Kupohon Maaf Lagi. Semoga Kalian Dapat Menjalankan Ibadah Puasa Kali Ini Dengan Hati Yang Tenang & Sabar..

Awal puasa tak dapat balik.huaaaaaa..Frust rasenya...

papehal jumpa Raya,OK.

Optimis Selalu.. :D=



Awal puasa x ley balik...nak p perang!haha..

Sunday, August 8, 2010

Nafsu dan Akal???


Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

Wallahualam..

p/s: diharap sempena bulan ramadhan yang bakal menjelang marilah kita sama-sama mendekatkan diri kepada Allah.Gunakan Akal dan jangan sesekali gunakan nafsu.

Happy Hour


semalam diadakan happy hour iaitu malam untuk bersuka ria la kalo bahasa askar.tapi tak tau kenapa aku memang tak suka pun..cam haram.dah la buat event dirasakan tak sesuai.
sebenarnya happy hour ni kadet yang plan.budak2 aku-kap layan je la.dah terpaksa..
nanti tak join kata besar kepala lak..
kalo tengok suasana malam tadi tak meriah sangat,jurulatih dan pegawai yang datang bape kerat je..walaupun makanan yang dihidang banyak.menu kali ni ade lain sikit dan special la sebab ade orang bakar sate.tu je sumber penarik kot,ok gak,lama tak merasa kan?dah lama dalam hutan mana ade sume nih..hihik..

Saturday, August 7, 2010

malas outing?


first time sepanjang aku di kepala batas ble dapat outing tak keluar.biasanya pantang dengar outing on terus bersiap.kali ni aku biasa je.baik lepak umah.lagipun kalo kuar cam bazir duit je.tambang teksi dah bape..kuar pun makan je.barang x de pape pun nak beli.semua keperluan dah ader.selasa ni maybe dapat weekend.jadi keluar gak.leh balik kampung.hehe..plan mesti baik maa..sekarang sume pakai duit.banyak benda kalo leh jimat kene berjimat..x gitu? perancangan kewangan mesti teratur.
petang ni duk umah men internet je-layan blogger & facebook.kalo dAh boring terus tidur.haha..tenang je harinie..tak ader tekanan..damai..

kediaman aku di kepala batas.Officer Mess Quarters(OMQ)

website intake22 terkubur?


website intake22.ning.com dianggarkan dapat bertahan 2 tahun setengah.lama gak tuh..
aku create ruangan website tu khas untuk budak2 skuad aku geng palapes darat uum intake ke 22.banyak kami habiskan masa disitu demi meningkatkan semangat setiakawan dan keeratan kami.nampaknya sekarang pihak domain dah buat plan baru dimana kami perlu memilih plan yang diberi atau keluar dari domainnya.walaupun banyak perkara2 yang disembang disitu termasuk gambar,muzik,video ..aku terpaksa lupakan sebab masalah duit.

kalo nak hitung bukan mahal sangat pun kan? tp kemudian hari..em...masalah gak.
tempat untuk bersua dalam ruangan internet nih kan banyak.
jadi penyelesaian yang aku buat,aku dh create group tuk diorang khas untuk intake22 palapes uum.sebab masing2 ramai ade facebook.jadi ok la gak kan?free lak tuh..
ok.semoga laman baru terus bersinar dan dapat sambutan dari budak skuad aku..

laman baru di ruangan facebook.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin