Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 143.
Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
kEhiDupAn Di taNAh Yunzabitz
menceritakan tentang hidup ini memang penuh dengan liku-liku yang mencabar.Walaubagaimanapun kita harus sentiasa bersedia agar kemakmuran dan keamanan bumi kita sentiasa berada dalam keadaan baik.keperluan duniawi dan akhiratwi juga harus bergerak seiring supaya nilai yang ada dan akan datang dapat diberkati oleh-Nya yang maha perkasa.
kartun widget
Wednesday, November 14, 2012
Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun Hijrah
Pada tahun ini 30 Zulhijjah 1433H jatuh pada 14 November 2012 dan 1 Muharram 1434H jatuh pada 15 November 2012. Jangan
lupa membaca kedua-dua doa akhir tahun (1433H) dan doa awal tahun
(1434H) ini supaya kita dilindungi daripada tipu daya syaitan dan
mendapat keampunan Allah SWT, insya Allah….
Saturday, November 10, 2012
Tips Mengelakkan Penceraian
Semua pasangan suami isteri tidak menginginkan penceraian berlaku
dalam perkahwinan yang dibina. Namun harapan saja tidak mencukupi,
mereka seharusnya berusaha untuk menghindarinya. Jesteru ada banyak cara
yang diketengahkan untuk mengelakkan berlakunya perpisahan suami isteri
ini. Ia harus dipraktikkan oleh semua pasangan walaupun tatkala ini
anda sedang berbahagia.
Antara Tips Berkesan untuk menghindari penceraian adalah :
Tips 1. Menerima pasangan seadanya
- Ketika seorang lelaki dan wanita berumahtangga dan hidup sebumbung
maka sifat sebenar masing-masing akan terserlah. Sikap itu mungkin tidak
sama seperti anda berdua di alam percintaan. Yang ada ketika itu
hanyalah dua insan orang yang harus saling menyesuaikan diri. Inilah
kehidupan perkahwinan yang sebenarnya. Anda dan pasangan belajar
mengenali perbezaan masing-masing. Dalam tempoh mengenali ini, anda akan
berhadapan dengan beberapa perkara yang boleh menumbulkan konflik.
Antaranya seperti perbezaaan persepsi, wawasan, nilai, latar belakang
dan keperibadian. Namun, perbezaan itu sebenarnya boleh diatasi jika
masing-masing saling berusaha memahami dan menilai diri.
Tips 2. Komunikasi dua hala
- Biasakan diri untuk saling berkomunikasi bersama pasangan, baik ketika
berada di rumah mahupun ketika sedang berjauhan. Jika ada masalah,
sebaiknya dibincangkan ketika anda atau pasangan sedang santai.
Ketidakharmonian rumahtangga biasanya bermula dari kurangnya komunikasi
dua arah antara suami dan isteri. Masing-masing saling menyimpang
masalah seolah-olah bersendirian meskipun berada di bawah satu bumbung.
Tips 3. Jangan cemburu berlebihan
- Ramai yang menyatakan bahawa cemburu itu tandanya sayang. Betul ke ?
Walaupun ada benarnya cemburu tandanya sayang, itu bukan bermakna anda
atau pasangan boleh cemburu buta. Memang banyak perselisihan suami
isteri yang berpunca daripada faktor ini. Lazimnya ia bermula dari salah
tafsir dan sikap terbuka.
Misalnya seorang rakan telah melihat suami keluar berdua dengan rakan
sekerja wanitanya dan tanpa bertanya anda menyerang suami dan menuduhnya
bukan-bukan, sedangkan dia keluar atas urusan kerja. Nah, inilah yang
disebut cemburu tidak bertempat atau cemburu buta.
Tips 4. Keterbukaan tentang masalah Seks
- Masalah seks ternyata antara penyebab berlakunya penceraian. Mungkin
ramai yang lupa bahawa fungsi hubungan seksual selain untuk mendapatkan
zuriat keturunan, juga adalah untuk rekreasi atau kesenangan dan
ekspresi cinta. Ramai pasangan mengakui, hubungan seksual dilakukakn
untuk menghilangkan tekanan setelah seharian bekerja.
Bagi mengelakkan kebosanan, tiada salahnya anda lebih kreatif dalam
aspek kehidupan seksual. Lokasi, teknik atau posisi yang baru adalah
antara cara yang boleh dilakukan. Namun perlu diingatkan, apa yang anda
inginkan dalam hubungan seks harus dikomunikasikan dengan pasangan anda.
Begitu juga sebaliknya.
Tips 5. Jangan biasakan berbohong
- Pasti ramai yang pernah membohongi pasangan masing-masing, bukan ?
Bagi suami, anda pasti tidak sanggup berterus-terang dengan pertemuan
bersama klien wanita yang cantik dan bijak hingga berlarutan ke lewat
malam. Agar isteri tidak banyak bertanya dan anda sendiri enggan
mencetuskan pertengkaran maka anda mengatakan perkara yang berbeza.
Anda berbohong dengan alasan untuk kebaikan. Perlu anda ketahui,
perkara ini sebenarnya akan berlanjutan dan lama kelamaan anda akan
menganggap berbohong pada pasangan adalah perkara biasa. Supaya semua
ini tidak terjadi maka sebaiknya anda ceritakan saja pada pasangan anda
bahawa apa yang anda lakukan adalah untuk urusan pekerjaan semata-mata.
Tips 6. Hindari Kecurangan
- Curang dengan pasangan selalunya terjadi kerana masing-masing tidak
mahu saling terbuka atau mendengarkan apa yang dirasai atau dikeluhkan
oleh pasangan. Contohnya, sang suami merasa jengkel kerana setiap kali
pulang, isterinya tiada di rumah. Tapi keluhan itu tidak disampaikan
oleh suami ataupun sudah disampaikan tapi tidak didengari.
Kecurangan juga berlaku kerana pasangan kesepian, tidak merasakan
kepuasan seksual atau godaan dari luar seperti tempat hiburan dengan
erotis, wanita perayu dan lain-lain. Bagi menyelesaikan masalah ini,
perkara pertama yang harus dilakukan adalah mencari punca
permasalahannya, kemudian berusaha untuk hindari atau disingkirkan.
Tips 7. Cari Orang Tengah
- Sekiranya masalah yang berlaku antara suami isteri tidak dapat
diselesaikan setelah puas berusaha, maka carilah bantuan orang ketiga
sebagai orang tengah. Orang ketiga itu haruslah seorang yang dihormati
oleh suami isteri, seperti mentua, bapa saudara mahupun sahabat yang
sudah lama dikenali. Cara ini lebih baik berbanding anda bercerita dan
mengadu kepada jiran, rakan atau teman sepejabat.
Tips 8. Tetap Mesra
- Agar hubungan anda dan pasangan tetap mesra, buanglah jauh-jauh
persepsi bahawa kemesraan itu hanya dikecap ketika bercinta saja. Pada
dasarnya, kemesraan itu boleh dikecapi asalkan anda berusaha.
Tips 9. Pasrah kepada yang Esa
- Berhadapan dengan permasalahan rumahtangga, perasaan emosi memang
membuak-buak. Namun, jangan terbelenggu dengannya. Berdoa dan pasrahkan
diri kepada yang maha Pencipta agar emosi tidak mempengaruhi tindakan
dan permasalahan dapat diselesaikan dengan segera.
Wednesday, November 7, 2012
13 Tips Perkahwinan Dari Ustaz Azhar Idrus
13 Tips Perkahwinan Dari Ustaz Azhar Idrus
Assalamualaikum semua,
saya nak kongsi tentang Tips Perkahwinan ari ni.. Semoga mendapat manfaat.. :-)
1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.11. KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.Monday, October 29, 2012
Doa utkmu selalu..
Ya ALLAH… Aku berdoa untuk seorang perempuan, yang akan menjadi bahagian dari hidupku...
Seorang yang sungguh mencintai-MU lebih dari segala sesuatu...
Seorang perempuan yang akan meletakkanku pada posisi kedua di hatinya setelah Engkau...
Seorang perempuan yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk-MU.
Wajah cantik dan daya tarikan luarannya tidaklah penting....
Yang paling penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai ENGKAU...
Dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup, sehingga hidupnya tidaklah sia-sia.
Seseorang yang memiliki hati yang bijak bukan hanya otak yang cerdas.
Seorang perempuan yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormati aku.
Seorang perempuan yang tidak hanya memujaku tetapi dapat juga menasihati ketika aku berbuat salah.
Seorang yang mencintaiku bukan karena fizikalku tetapi kerana hatiku.
Seorang perempuan yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam tiap waktu dan situasi...
Aku tidak meminta seorang yang sempurna, Namun aku meminta seorang yang
tidak sempurna, sehingga aku dapat membuatnya sempurna dimata-MU.
Seorang perempuan yang memerlukan sokonganku sebagai peneguhnya.
Seorang perempuan yang memerlukan doaku untuk kehidupannya.
Seseorang yang memerlukan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya.
Seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna.
Dan aku juga meminta...
Buatlah aku menjadi seorang laki-laki yang dapat membuat perempuan itu bangga.
Berikan aku sebuah hati yang sungguh mencintai-MU, sehingga aku dapat
mencintainya dengan cinta-MU, bukan mencintainya dengan sekedar cintaku.
Berilah aku “tangan-MU” sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya.
Berikanlah aku “mata-MU” sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dalam dirinya dan bukan hal buruk saja.
Berikan aku “mulut-MU” yang penuh dengan kata-kata kebijaksanaan-MU dan
pemberi semangat, sehingga aku dapat mendukungnya setiap hari.
Berikanlah aku “bibir-MU” dan aku akan tersenyum padanya setiap pagi.
Dan apabila akhirnya kami bertemu, aku berharap kami berdua dapat
mengatakaan “betapa besarnya ALLAH itu, kerana ENGKAU telah memberikan
kepadaku seseorang yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna”.
Aku mengetahui bahwa ENGKAU menginginkan kami bertemu pada waktu yang
tepat dan ENGKAU akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang
Kau tentukan.
Amiinnn Ya Robb...
Subscribe to:
Posts (Atom)